PELAKON Nelissa Nizam mengakui agak selektif dan berhati-hati dalam memilih watak lakonan kerana bimbang dikaitkan dengan pelbagai kontroversi kurang enak. Dalam hal ini, Nelissa atau nama sebenarnya Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata pelakon berhak untuk menolak sekiranya tidak selesa melakonkan watak sensitif yang boleh mencetuskan kontroversi. "Saya tahu agak cliche kalau cakap sekadar ikut arahan dan naskah tapi secara peribadi saya rasa saya kena jaga. "Kalau boleh saya nak elak bila ada babak yang seperti itu... kalau saya rasa tak selesa saya tak lakukan," katanya kepada mStar. Kata Nelissa, dia pernah ditawarkan namun cuba berbincang terlebih dahulu sebelum menerimanya. Sebagai orang Melayu, dia percaya terdapat beberapa perkara yang perlu dijaga agar tidak mencemarkan kebudayaan tersebut. "Saya ada terima tawaran juga... tapi sebagai pelakon kita kena cakaplah benda itu buat kita tak selesa dan minta dia tukar kalau boleh. ARTIKEL BERKAITAN: Nelissa Nizam menggigil baca skrip, trauma teringat peristiwa hitam dalam kereta ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video mesra, Nelissa Nizam kena tegur dengan netizen... Akui Zul Ariffin pemurah dan kelakar! "Sebab dalam industri kita kebanyakkanya adalah Melayu... kita ada adab dan budaya dari situlah kita kena jaga," ujarnya. Berkongsi lebih lanjut, Nelissa mengakui lebih selesa dikenali melalui bakatnya bukan kerana kontroversi. Jelasnya, dia tidak kisah sekiranya dirinya lambat dikenali namun bakatnya sentiasa memberi kesan kepada penonton. "Saya rasa dalam industri ini bukan maraton, nak laju-laju pun buat apa. Saya tak kisah walaupun bakat saya lambat disedari. Nelissa jaga nama dari terlibat kontroversi. "Perkara itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus lakukan yang terbaik," jelasnya. Malah dia juga menyedari kontroversi membantu menaikkan nama namun Nelissa lebih selesa tidak dilanda sebarang kisah yang negatif. Katanya dia tidak kuat untuk berdepan dengan kata-kata netizen selepas melihat beberapa orang rakannya pernah menerima nasib seperti itu. "Betul juga kontroversi itu menaikkan nama tapi untuk sekarang ini saya sangat-sangat menjaga tapi tidak terfikir untuk cetuskan kontroversi," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!