suria

Kurus bukan sebab bahan terlarang, Tuju memang amalkan puasa dan makan sehari sekali

Tuju kongsi amalan turunkan berat badan.

PERUBAHAN pada penampilan penyanyi Tuju yang dilihat semakin kurus membuatkan ada yang beranggapan dia mengambil bahan terlarang.

Menafikan perkara tersebut, Tuju atau Mohd Azree Shah Awang Zamree, 28, berkata dia hanya menjaga pemakanan selain amalan berpuasa sehingga berjaya menurunkan berat badan hampir 20 kilogram.

"Sebelum ini ada yang kata saya ambil dadah sebab nampak terlalu kurus. Saya tidak pernah ambil bahan terlarang itu.

tuju 2

Tuju kini kembali aktif dalam industri muzik.

"Saya amalkan berpuasa... makan satu hari sekali dan lebih banyak minum air. Bagi saya berat 90 kilogram sebelum ini sudah capai tahap obesiti, jadi saya nekad turunkan berat badan.

"Apabila berat badan sudah turun ia membantu juga dari segi nyanyian. Dalam masa sama saya juga mengurangkan peratusan obesiti negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada istilah dibuang, Tuju mengaku ada salah faham dengan K-Clique... Tak mungkin kembali bersama

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pertemuan dalam pesawat aturan Allah, MK sudah mohon maaf kepada Tuju

Dalam tempoh tersebut juga penyanyi ini membuat keputusan untuk tidak lagi bersama kumpulan K-Clique dan mahu meneruskan kerjaya secara solo.

"Dalam tempoh senyap itu saya lebih fokus kepada diri sendiri. Dua tahun kebelakangan ini saya lebih mengenali diri dan mencari matlamat hidup selagi masih bernafas.

"Saya juga gembira dapat meluangkan masa bersama keluarga dan bermuzik secara bebas," ujarnya.

Dua tahun kebelakangan ini saya lebih mengenali diri dan mencari matlamat hidup selagi masih bernafas

TUJU

PENYANYI

Terbaharu, Tuju tampil dalam lagu berjudul Risiko yang juga merupakan kolaborasi bersama salah seorang anggota K-Clique iaitu MK.

Mengakui pernah berlaku salah faham bersama kumpulan berkenaan, Tuju bagaimanapun kini mahu melupakan segala kisah lalu dan sentiasa mendoakan kerjaya seni rakan-rakan itu terus maju.

"Biarlah apa yang berlaku saya simpan dalam hati sahaja. Kalau nak cerita apa punca pun saya sudah lupa kerana ia terlalu lama.

tuju 3

Tuju selesa bergerak solo.

"Sekarang ini saya lebih selesa bergerak solo dan tidak mungkin akan kembali bersama K-Clique. Kalau ada projek istimewa mungkin tidak ada masalah," jelasnya.

Selain Tuju dan MK, lagu Risiko turut menampilkan tiga penyanyi rap lain iaitu Benzooloo, Meerfly serta Ghidd.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain