TIDAK lokek berkongsi rezeki, pelawak Shuib bermurah hati memberikan hadiah wang tunai kepada seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar barangan. Hanya dengan menjawab tiga soalan mudah berkaitan Ramadan, pemuda berasal Kuala Lumpur itu menerima wang tunai RM250 daripada Shuib. Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, tujuannya melakukan content sedemikian sebagai penghargaan kepada mereka yang sering membantu orang lain dalam urusan harian. Pemuda penghantar makanan dapat duit tunai dari Shuib. "Rezeki tak salah alamat. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan di murahkan rezeki selalu," katanya. Shuib berkongsi video berkenaan di laman Instagram miliknya pada Isnin. Dalam rakaman video itu, pemuda berkenaan dilihat datang ke rumahnya bagi mengambil sebekas sambal yang perlu dihantar kepada seseorang. ARTIKEL BERKAITAN: Isu fitnah selesai... Shuib maafkan John Dihani, derma wang saman ke tabung Palestin ARTIKEL BERKAITAN: Shuib on time ke konti, belanja sarapan setiap hari... Suraya kongsi sejarah gelaran Prof Soneb Selepas menyerahkan makanan itu Shuib meminta izin untuk merakamkan video berkenaan sebelum bertanya tiga soalan mudah berkaitan Ramadan. Shuib bertanya sama ada pemuda itu berpuasa, memintanya membaca niat puasa dan doa berbuka puasa. Lelaki itu berjaya menjawab semua soalan dan menerima hadiah tersebut. Shuib tidak lokek berkongsi rezeki. Apa yang mencuri perhatian adalah respons spontan anak Shuin iaitu Matin yang menganggap soalan diajukan terlalu mudah. Meninjuau di ruangan komen ramai yang memuji sikap Shuib berkongsi rezeki di bulan Ramadan. "Definisi rezeki tak terduga. Fikir susah nak cari duit, tiba-tiba Allah hantar orang yang baik. "Sebak tengok muka dan gaya dia (pengahntar barang). "Baik nampak budaknya... semoga Shuib dimurahkan rezeki," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!