PENYANYI Hetty Sarlene mendedahkan dia pernah terkena sihir sekitar 20 tahun lalu sehingga ke hari ini tidak mengetahui individu yang menganiaya dirinya. Hetty atau Hetty Sarlene Abdul Hamid, 40, berkata, disebabkan perkara itu dia pernah berjumpa dengan seorang bomoh bagi memulihkan diri. Bagaimanapun kata penyanyi asal Singapura ini, sehingga ke hari ini dia tidak mahu tahu siapa yang menghantar perkara syirik tersebut atau membalas perbuatan tersebut. "Ada juga saya jumpa bomoh sebab saya nak tahu kenapa tetapi bomoh itu pula bagi saya pilihan sama ada ingin menghantar balik sihir tersebut atau tidak. Hetty mengakui sehingga hari ini dia tidak mengetahui siapa individu yang menganiaya dirinya. "Tentulah saya tak nak...Saya tidak mahu tahu siapa yang hantar atau hantar balik kepada mereka," katanya. Hetty berkongsi perkara itu ketika muncul dalam sesi podcast Ruqyah dan Mantera di TikTok pada Isnin. Dalam pada itu, Hetty memberitahu selepas cuba berubat dengan bomoh, dia ada mendapatkan bantuan seorang ustaz kerana lebih percaya dengan rawatan Islam. Selain itu, dia juga memperbaiki solat selain berdoa kepada Allah SWT agar memulihkan kembali dirinya daripada perbuatan syirik. ARTIKEL BERKAITAN: Hetty Sarlene selamat lahir bayi lelaki selepas 16 jam bertarung nyawa - “Segala kesakitan akhirnya terubat melihat dia selamat” ARTIKEL BERKAITAN: Suami sanggup ulang-alik jauh demi GV5 - Hetty Sarlene "Tapi pastinya kita akan balik kepada ustaz sebab dia semak rumah kita, azankan kita. "Apa-apa pun kita tetap solat dan minta pada Allah SWT... Siapa nak buat, silakan, tapi kalau kita hantar balik dekat dia untuk apa? Sementara itu, Hetty turut berkongsi pengalaman seram dirasuk ketika menginap di sebuah hotel di Sarawak. Imbau penyanyi lagu Sangsi Asmara ini, dia dirasuk selepas rakan artis iaitu Deja Moss menerima gangguan sebelum mereka berdua tampil membuat persembahan pentas. Hetty juga pernah mendapat gangguan makhluk halus semasa menginap di sebuah hotel di Sarawak. "Selepas 'benda' itu keluar daripada badan Deja, saya dapat rasakan yang ia masuk ke dalam badan saya pula. "Masa itu saya rasa itu bukan diri sendiri tapi ibu saya cerita yang saya meracau dan menjadi sangat kuat. "Apabila benda itu keluar daripada badan, saya jadi lemah dan tak bertenaga. "Tapi pastinya saya ingin buat terbaik untuk konsert waktu itu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!