suria

Bukan niat sorok perkahwinan, Shuk Sahar serik kongsi kisah peribadi

Shuk akhrinya bersedia kongsi berita perkahwinan.

SERIK berkongsi kisah peribadi membuatkan pelawak dan pengacara Shuk Sahar enggan mengumumkan dia telah menamatkan zaman duda sejak November tahun lalu.

Shuk atau Muhammad Shuk Mohammad Sahar, 38, menjelaskan cukup sekadar perkara itu diketahui oleh kaum keluarga terdekat.

Bagaimanapun Shuk memberitahu dia memang berniat menghebahkan berita itu kepada umum apabila tiba masa sesuai.

shuk 3

Shuk akhirnya buka mulut mengenai rumah tangganya.

"Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu.

"Tetapi, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini. Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga malah rakan-rakan rapat pun tahu.

"Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka," katanya.

Shuk berkongsi perkara itu semasa sesi podcast bersama OKLETGSO yang disiarkan di saluran YouTube.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar contohi perubahan Aliff Aziz, ada rasa takut kembali seperti dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Shuk Sahar dan Fara Salleh sudah nikah 4 bulan lalu

Katanya, dia juga belajar daripada pengalaman dengan tidak terlalu terbuka bercakap soal peribadi di media sosial kerana bimbang kenyataan akan disalah anggap oleh sesetengah pihak.

"Sebelum ini, saya selalu kongsi di media sosial dan terlampau terbuka sampaikan perkara itu ‘backfire’ saya balik.

"Kadang-kadang, orang akan ambil kenyataan yang saya keluarkan di media sosial dan mereka akan ‘twist’ benda itu," ujarnya.

Sebelum ini, menerusi satu temu bual eksklusif bersama mStar, isterinya iaitu Fara Salleh mengakui mereka sudah mendirikan rumah tangga empat bulan lalu.

553 (21)

Hubungan Shuk dan Fara telah lama dihidu peminat.

Fara berkata mereka disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada awal November tahun lalu.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Meskipun tiada lagi ikatan, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera masih baik demi kebaikan anak-anak mereka.

Malah nama Fara pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dia didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama bekas isteri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain