suria

Sakat anak makan ‘mata kucing’, Wan Raja buat ramai imbau kenangan berbuka puasa - “Memori bila mereka besar ”

Wan Raja menyakat anak lelakinya berkenaan dengan buah mata kucing.

TINDAKAN Wan Raja menyakat anak lelakinya mencuit hati netizen apabila aktor itu sengaja mengusik dia sedang makan 'mata kucing'.

Sebagai seorang pencinta haiwan berkenaan, Muhammad Emre Farizqi menangis ketakutan melihat bapanya menikmati buah mata kucing atau longan yang dihidangkan ketika berbuka puasa.

"Mata kucing... Kakak makan sebelah, adik makan sebelah," katanya.

Video lucu itu dikongsi isteri Wan Raja iaitu Yaya Maembong menerusi TikTok miliknya.

wan2 - 1

Netizen terhibur melihat kelakuan Wan Raja dan Emre.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Yaya juga terhibur melihat reaksi anak lelakinya apabila diusik oleh suaminya itu.

"Minuman yang pencinta kucing takut nak minum... Air mata kucing!," ujarnya.

Wan Raja atau Saiful Redzuan Abu Bakar, 46, bagaimanapun menjelaskan mata kucing sebenarnya adalah nama sejenis buah-buahan dan bukan seperti difikirkan oleh anaknya.

"Air ini namanya sahaja mata kucing. Buah mata kucing bukan mata kucing sebenar," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan bina ‘chemistry‘ dengan pelakon wanita di luar set - Wan Raja

ARTIKEL BERKAITAN: Takut nak makan sembarangan, Wan Raja kurus sebab Gerd... Pernah alami anxiety sampai susah tidur

Pun begitu, Emre tetap tidak boleh menerima kenyataan dan menjauhkan tempat duduknya dari meja makan apabila dia diminta mencuba buah tersebut.

Menjengah di ruang komen, ada di antara netizen turut berkongsi pengalaman sama tentang anak mereka yang turut takut dengan buah tersebut kerana salah faham menyangka ia adalah mata kucing yang sebenar.

"Sama macam anak saya, dengar sahaja buah mata kucing terus lari melalak! Pencinta kucing tidak dapat terima hakikat.

"Anak saya pun masa kecil takut dengan air mata kucing," komen netizen.

Tidak hanya itu, ramai kagum dengan Wan Raja yang melayan karenah anak-anak ketika berbuka puasa kerana ia antara memori yang bakal diingati mereka apabila dewasa.

wan1 - 1

Gurauan Wan Raja mendapat perhatian netizen.

"Seronok tengok bapa bergurau dengan anak-anak di meja makan.

"Ia akan menjadi memori indah bila anak-anak dewasa nanti," kata netizen lagi.

Untuk rekod, Wan Raja mendirikan rumah tangga dengan Yaya pada 12 Disember 2013 di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang, Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Seri Aileen Marissa, 8, dan Muhammad Emre Farizqi, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain