PELAKON Harris Annuar selamat menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada kaki kanannya di sebuah pusat perubatan di Shah Alam pada Isnin. Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 31, menjalani pembedahan tersebut selepas mengalami kecederaan akibat jatuh daripada tangga. Pelakon itu juga tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kemalangan tersebut sehingga dia perlu menjalani pembedahan ACL. Harris bersama isteri Asha Merican. Bagaimanapun apa lebih mencuri perhatian adalah gelagat Harris yang di bawah pengaruh ubis selepas sedar daripada pembedahan menjadi perhatian netizen. Harris yang dalam keadaan separa sedar sempat bertanya keberadaan anaknya iaitu Aura Medina yang baharu berusia setahun. Keadaan mula menjadi melucukan apabila Harris menyangka Aura sudah meningkat remaja selain meluahkan rasa bimbang tiada siapa akan mengambil kad laporan anaknya di sekolah. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Isteri Harris Annuar bersalin awal dua minggu, beri nama anak perempuan Aura Medina ARTIKEL BERKAITAN: “Itu zaman jahil”... Selepas kahwin Harris Anuar mula jaga batas, elak bersentuhan dengan pelakon wanita Malah Harris juga tidak mengenali wajah isterinya iaitu Asha Merican yang sedang melayani gelagatnya dalam keadaan separuh sedar itu. "Medina mana? Bila dia Tingkatan satu? Lama sangat pembedahan. Kad laporan tiada siapa ambil. "Pembedahan lama sangat sampai 10 tahun. Siapa pula ini?," katanya. Harris berkongsi video yang dirakam isterinya di Instagram miliknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!