suria

Shuib menangis anak perempuan sudah akil baligh, doa Talita jadi wanita solehah

Shuib menangis bila mengetahui Talita sudah akil baligh.

PELAWAK dan usahawan, Shuib tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata apabila mengetahui anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra datang haid menandakan dirinya sudah akil baligh.

Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, perubahan fasa anaknya melangkah alam dewasa itu akan dikenang dalam ingatan buat selama-lamanya.

Malah, Shuib turut mendoakan agar Talita membesar menjadi seorang wanita yang solehah.

size NP 1 (18)

Shuib sebak apabila mengenangkan anar perempuannya Talita sudah meningkat dewasa.

"Cerita 21 Mac 2024, sebelum berbuka puasa tadi. Satu-satunya anak perempuan daddy (panggilan Shuib) dah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara.

"Hari ini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat," katanya.

Shuib berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya pada Khamis.

Pada masa sama, Talita juga dilihat menangis sambil dipeluk Shuib.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia senyum tapi tak cakap”... Impian Shuib nak jumpa Siti Sarah dalam mimpi tercapai

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib mimpi arwah isteri sampai menangis, tidak rasa cemburu dalam hati Watie

Dalam pada itu, Shuib sempat bertanya kepada pengikutnya adakah normal seorang bapa menangis apabila anak perempuan mereka sudah masuk ke alam dewasa.

"Saya je ke bapa yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah alam dewasa? Ke bapa-bapa yang lain pun sama akan menangis?," tanya Shuib.

size NP 1 (16)

Shuib dan Watie bersama-sama membesarkan anak-anak.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain