suria

Ibu minta jangan takut, Aliff Aziz pula kongsi lirik lagu ‘Maafkan Kamu’

Aliff membuat perkongsian lirik lagu yang mengadungi makna tersirat di Instagram.

PERKONGSIAN lirik lagu Aku Maafkan Kamu nyanyian Datuk Jamal Abdillah dan Malique di Instastory pelakon Aliff Aziz mencuri perhatian.

Dua baris lirik yang dikongsi memberi pelbagai tafsiran dan maksud tersirat yang cuba disampaikan kepada pengikutnya.

Penyanyi berkenaan seolah-seolah memberi gambaran berkenaan seseorang yang dihukum dan memaafkan manusia yang tidak mengetahui kebenaran menerusi lirik tersebut.

Walaupun tidak menyatakan sebarang penjelasan namun ramai percaya Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 33, itu meluahkan rasa mengenai kritikan dan kecaman netizen terhadapnya susulan isu ditangkap khalwat.

"Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia, ku dihukum masuk neraka oleh manusia.

Untitled design (100)

Perkongsian Aliff di Instagram menjadi perhatian.

"Maafkan mereka, mereka tidak tahu," kongsinya.

Sementara itu, ibu penyanyi berkenaan Siti Hafiza Basharahil turut berkongsi vide persembahan anak perempuannya yang juga penyanyi Aisyah Aziz berjudul Kepadamu Kekasih.

Hafiza menerusi ruang kapsyen meminta Aliff tidak berasa takut kerana Allah sentiasa menjaganya selain keluarga berada dibelakangnya.

"Khas buat anakanda Aliff, lagu ini untuk kamu yang dinyanyikan oleh adikmu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli keluarga sudah tiada digelar munafik, ibu Aliff Aziz minta henti lempar kata kesat - “Allah masih tutup aib anda”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu sampai tahap ‘gam’ artis bermasalah, Fahmi Fadzil ulas kontroversi Aliff Aziz dan Ruhainies

"Jangan takut dan kamu tak pernah keseorangan, Allah sentiasa ada dengan kamu dan kami juga berada dibelakangmu walau apa pun yang berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Hafiza turut mengingatkan Aliff bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Allah sayang abang dan Allah maha baik, pasti ada hikmah dalam apa jua ujian yang datang.

"Semoga Allah permudahkan perjalananmu dan memberikan ketenangan di dalam hati," ujarnya.

2600867

Kelibat Aliff dan Ruhainies yang dirakam CCTV.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.

Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun sebutan kes itu ditangguhkan pada 4 April depan susulan aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masingmasing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain