suria

Raja Azura puji lakonan Hafreez Adam dah tak ‘kayu’, sedia turun ilmu kepada pelakon baru yang tidak sombong

Raja Azura puji lakonan Hafreez semakin matang.

BERGANDINGAN bersama dalam sebuah drama, pelakon Raja Azura menyifatkan lakonan aktor Hafreez Adam tidak lagi kayu seperti sewaktu di awal kemunculan aktor itu dalam bidang seni.

Raja Azura atau Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 52, berkata, dia melihat banyak perubahan yang ditunjukkan oleh Hafreez dalam drama gandingan mereka iaitu Malang Si Puteri.

Meskipun tidak pernah berlakon bersama, tetapi dia ada menonton beberapa drama lakonan Hafreez yang terdahulu.

Raja Azura tidak lokek berkongsi ilmu dengan pelakon baharu.

Raja Azura tidak lokek berkongsi ilmu dengan pelakon baharu.

"Sebelum ini saya ada tonton beberapa drama lakonan Hafreez dan jika saya bandingkan lakonannya dahulu dengan drama terbaharu kami ini, saya nampak banyak perubahan daripada segi lakonan dia.

"Sebelum ini saya nampak macam banyak 'kayu' dalam lakonan dia tetapi sekarang tidak lagi.

"Saya nampak kematangan dalam lakonannya. Ini apa yang saya rasa kerana sebelum ini saya tidak pernah berlakon dengan dia," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan bina ‘chemistry‘ dengan pelakon wanita di luar set - Wan Raja

ARTIKEL BERKAITAN: Melukis beri kepuasan kepada Hafreez Adam, tak sangka ramai berminat buat tempahan sehingga jana pendapatan

Dalam pada itu, Raja Azura berkongsi dia terbuka untuk menerima pendatang baharu dalam dunia lakonan dan sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman kepada mereka.

Namun aktres berkenaan menegaskan, dia tidak akan memberi muka kepada artis yang tidak berdisiplin atau kekwat (sombong) kerana menganggap mereka seharusnya mempunyai sikap merendah diri untuk mempelajari ilmu lakonan.

"Saya terbuka menerima kehadiran pelakon kerana saya lihat mereka adalah pelapis yang akan menceriakan industri lakonan tanah air.

Sebelum ini saya nampak macam banyak 'kayu' dalam lakonan dia (Hafreez) tetapi sekarang tidak lagi.

RAJA AZURA

PELAKON

"Saya lebih suka berkerjasama dengan pelakon baharu tetapi yang tidak kekwat. Kalau yang tak kekwat saya turunkanlah ilmu tetapi kalau mereka kekwat lantak kaulah," ujarnya.

Sementara itu, Hafreez turut memberi respon terhadap kenyataan Raja Azura yang pernah menyifatkan lakonannya seperti kayu satu masa dahulu.

Kata Hafreez dia tidak mengambil hati dengan komen Raja Azura itu malah bersyukur diberikan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman bersama pelakon-pelakon senior.

"Saya terima dengan hati terbuka kerana saya masuk dalam dunia hiburan tanpa asas atau ilmu. Saya bukannya pelajar sekolah lakonan.

"Saya belajar berlakon daripada pengalaman. Untuk menjadi pelakon yang baik, kita kena sentiasa belajar. Saya tidak mahu digelar sebagai pelakon syok sendiri.

Hafreez menimba ilmu daripada pengalaman di set penggambaran.

Hafreez menimba ilmu daripada pengalaman di set penggambaran.

"Saya bersyukur kerana saya banyak diberi peluang berlakon dengan pelakon senior dan suka berkongsi ilmu. Di set penggambaran saya banyak belajar praktikal kerana melihat semuanya di depan mata," katanya.

Selain Raja Azura dan Hafreez, rama Malang Si Puteri turut dibintangi oleh pelakon popular termasuk Fasha Sandha, Wan Raja, Malek McCrone dan Aidit Noh.

Drama 50 episod ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Ria pada pukul 6 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain