suria

Neelofa pantau Bilal setiap kali makan, teringat pengalaman tercekik ais sewaktu kecil... Siap sediakan ‘anti chocking device’

Neelofa bimbang Bilal lalui pengalaman yang sama.

PERNAH tercekik ais sewaktu usia masih kecil membuatkan pengacara dan usahawan Noor Neelofa berasa trauma sehingga ke hari ini.

Mengimbau kejadian tersebut, Neelofa dan Noor Neelofa Mohd Noor, 35, berkata insiden itu membuatkan dia tidak mampu bernafas namun bersyukur kejadian itu disedari ibu bapanya.

"Tak pasti umur saya waktu itu empat atau lima tahun, saya tercekik ketulan ais sampai tak boleh bernafas. Masa tu memang muka dah biru, tercungap-cungap dan nasib baik ada mak dan ayah saya di rumah nampak.

neelofa 1

Neelofa sentiasa bimbang setiap kali Bilal menjamu selera.

"Saya tepuk-tepuk pembantu rumah daripada belakang nak suruh tengok kita tercekik, tapi dia basuh pinggan buat tak tahu je sebab dia ingat kita nak main.

"Mak saya nampak saya pelik daripada bilik, jadi dia jerit lepas tu ayah saya datang, semua datang dan terus ambil air suam masukkan (dalam mulut) untuk cairkan ais tu," katanya.

Neelofa mendedahkan perkara itu ketika temu bual bersama radio Era pada Jumaat.

Gara-gara pengalaman itu, Neelofa berkata dia diselubungi rasa bimbang setiap kali anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal ingin menikmati hidangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka filem ‘Imaginur’, Neelofa pilih lagu nyanyian Amir Jahari menang AJL38

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya dah tak larat” - Neelofa hulur salam damai, mahu tamatkan sengketa 13 tahun dengan Fazura

Malah dia juga akan melakukan panggilan video sekiranya pembantu rumahnya menyuapkan Bilal makanan.

"Benda itu sampai hari ini masih lagi jelas dalam memori saya.

"Bila dah ada anak kecil, Bilal, bila bab makan memang saya trauma. Kalau dia tercekik sikit saya macam dah panik gila.

"Jadi kalau saya dekat luar, orang gaji saya tengah kasi makan (Bilal), saya akan Facetime sambil tengok apa dia makan," katanya lagi.

neelofa 2

Neelofa sentiasa pantau Bilal dari jauh.

Bukan hanya itu, dia juga menyediakan alat peranti tercekik atau anti chocking device untuk digunakan pembantu rumah bagi memantau keselamatan anaknya.

"Dekat rumah saya ada lebih daripada satu ‘chocking device’. Walaupun dia nak pergi bawah main dekat playground pun, saya suruh bawa ‘chocking device’ itu.

"Ke mana saya pergi, saya akan bawa dalam beg saya," ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain