TINDAKAN segelintir netizen menulis komen dan teguran kasar terhadap mana-mana individu terutamanya selebriti adalah tidak wajar kerana tidak mengikut nilai Islam sebenar. Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, pendakwah bebas Ustaz Don berpendapat seorang saudara Muslim haruslah mempunyai sifat saling menyayangi dan bukannya menyalahkan antara satu sama lain. Malah, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, berkata teguran itu juga haruslah secara berhikmah tanpa melukakan hati mana-mana pihak. "Pertamanya Islam adalah agama yang sayang pada semua orang. Don berkata semua orang akan terlibat dalam bila melibatkan isu berkaitan Fathia. "Sebab itu ada hadis Nabi dalam Imam Al Nawawi, katanya tak dikira iman seseorang itu sempurna sampailah dia sayang saudaranya seperti mana dia menyayangi diri sendiri. "Kalau nak iman sempurna kena sayang semua orang tidak kira latar belakang Kita tidak diutuskan buat kerja Tuhan. "Kalau ada saudara kita buat kesilapan, nak tegur boleh tapi dengan kasih sayang," katanya kepada mStar. Don berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di Konti Suria FM di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. Dalam pada itu, Don turut menegur tindakan segelintir individu yang gemar mempersoalkan mengenai syurga dan neraka seseorang. ARTIKEL BERKAITAN: Mandi wajib tak perlu lama, guna air sedikit pun boleh selesai... Ini penjelasan Ustaz Don Daniyal ARTIKEL BERKAITAN: “Orang pertama tiada tandingan” - Ustaz Don minta isteri bersabar jika suami ada perempuan lain, kena susun strategi Malah, Don mengambil contoh sifat penyabar Nabi Muhammad SAW yang sentiasa memaafkan umatnya. "Tak usah nak bincang siapa masuk neraka, siapa keluar Islam. Seeloknya kita duduk bincang baik-baik dan ajak sama-sama masuk syurga. "Kita kena bayangkan kalaulah orang macam ni ada di zaman Nabi, adakah tindakan Nabi akan sama macam tindakan kita? "Sebab zaman Nabi ada lagi teruk dari zaman sekarang tapi Nabi kawal perkara itu dengan penuh luar biasa. "Nabi tolong orang yang menghinanya, kalau perkara sama jadi di zaman kita, mungkin terus bunuh agaknya" katanya. Isu Fathia mahu keluar Islam kerana kecaman netizen meraih perhatian ramai. Sementara itu, Don juga berkata kadang-kadang adalah lebih baik seseorang itu berdiam berbanding mengeluarkan kata-kata yang akan mengeruhkan lagi keadaan. "Ada satu hadis Nabi iaitu berkata benar atau diam. Kadang-kadang diam itu lebih 'deras' (bising) daripada menjerit," jelasnya. Sebelum ini, tular video pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang didakwa telah menyakiti hatinya. Menurut Fathia perkara tersebut memberi kesan yang buruk terhadap dirinya sehingga meluahkan rasa ingin keluar daripada agama Islam kerana disakiti netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!