suria

Sayu betul reaksi anak perempuan Daler Yusuf, netizen kata beruntung ada 3 adik-beradik lelaki lindunginya

Gelagat anak-anak Daler saat melihat adik mereka yang baru lahir.

GELAGAT anak-anak pelakon Daler Yusuf ketika bertemu dan mendukung adik lelaki mereka yang baharu dilahirkan pada 20 Mac lalu mencuri perhatian.

Aksi dua anak lelaki Daler iaitu Yusuf, 10 dan Abu Bakar, 5, yang tersenyum gembira memerhatikan wajah adiknya cukup comel.

Apatah lagi, mereka kini sudah mempunyai 'geng' baharu dan anak lelaki mendominasi dalam keluarga mereka.

Untitled design - 2024-03-24T140310.297

Amira bersedih kerana dia sangat mengiginkan adik perempuan

Bagaimanapun, anak perempuan Daler iaitu Amira, 8, cukup berbeza berbanding adik-beradiknya yang lain apabila menunjukkan reaksi sedih.

Malah Amira tidak kelihatan teruja ketika Yusuf dan Abu Bakar sedang mendukung adik mereka malah dia kelihatan seolah-olah baru lepas menangis.

Daler atau Daler Yusuf Khamrokuluv, 32, memberitahu Amira bersedih disebabkan dia berharap isterinya melahirkan bayi perempuan.

ARTIKEL BERIKAITAN: Isteri bukan hamil anak kembar, Daler Yusuf minta maaf kapsyen Instagram buat pengikut keliru

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya dah 10 tahun kahwin, Daler Yusuf umum isteri hamil anak ketiga

Kata Daler, Amira sangat berharap dapat menimang adik perempuan memandangkan dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka.

"Puteri saya, Amira sangat menginginkan seorang adik perempuan," ujarnya.

Dalam pada itu, netizen di ruangan komen turut memberi kata-kata semangat buat anak perempuan aktor berdarah kacukan Uzbekistan berkenaan.

Untitled design - 2024-03-24T140455.764

Daler memaklumkan isterinya selamat melahirkan anak keempat mereka pada Rabu lalu.

Malah ada menyifatkan Amira sebagai beruntung kerana mempunyai tiga adik-beradik lelaki yang dapat melindunginya.

"Tidak mengapa sayang, nanti bila awak sudah besar awak ada tiga lelaki hebat yang akan melindungi awak.

"Jangan sedih, Amira akan selamanya jadi satu-satunya puteri dalam keluarga nanti," komen netizen.

Untuk rekod, Daler berkahwin dengan Sakinah Burikul sejak 10 tahun lalu dan hanya mendedahkan ikatan mereka kepada umum awal tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain