suria

Norman Hakim minta maaf pada anak, Danish ‘sahabat’ tempat kongsi segala rahsia

Norman bersyukur dapat menjadi 'kawan baik' dengan anaknya, Danish.

PELAKON Norman Hakim menyifatkan anak lelaki sulungnya Mohamed Danish Hakim sebagai kawan baik dan menjadi tempat dia berkongsi rahsia selain susah dan senang bersama.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 48, juga berharap hubungan mereka akan kekal erat selama-lamanya.

"Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah.

"21 tahun yang membahagiakan... Papa tak sangka yang satu hari kita boleh jadi 'rakan baik selamanya' dan berkongsi segala rahsia, susah dan senang bersama," katanya.

Norman menyambut hari kelahiran Danish dalam satu majlis tertutup.

Pelakon drama Gerak Khas itu membuat perkongsian video ketika sambutan hari jadi Danish yang ke-21 menerusi Instagram pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Norman turut memohon maaf kepada Danish atas segala kekurangan sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang bapa kepadanya.

Besar harapannya agar Danish dapat membimbing semua ahli keluarganya ke syurga.

"Tolong maafkan papa andai ada khilaf papa selama 21 tahun kita bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Norman Hakim mohon maaf kepada Abby Abadi, usaha selesaikan isu Marissa

ARTIKEL BERKIATAN: Marissa punya hal, Abby Abadi dan Norman pula berbalas komen tak puas hati

"Andai ada rezeki, bawalah kami mama, mummy, abah dan adik-beradik semua ke syurga insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, netizen menerusi ruangan komen turut mendoakan yang terbaik buat keluarga ini namun ada pula bertanya keberadaan ibunya iaitu Abby Abadi dan adik perempuannya, Marissa Dania.

"Semoga Danish jadi anak yang soleh dan menyenangkan hati mama dan papa.

"Sedihnya, selalu sambut hari jadi pasti ibu kandung dan adik-beradik ada dalam gambar, tapi kali ini tiada.

Untitled design - 2024-03-25T105701.220

Sebelum ini, kedua-dua keluarga ini sering dilihat berkumpul bersama dalam acara penting.

"Mana ibu kandungnya?," komen netizen.

Untuk rekod, Norman dan Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, mendirikan rumah tangga pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009.

Selain Danish dan Marissa, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Maria Danisha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain