suria

‘Konsert Kepadamu Kekasih’ gabungan indah Hattan dan Jamal, suntikan rohani sesuai bulan keberkatan

Jamal (kiri) dan Hattan (kanan) bakal bergandingan dalam Konsert Kepadamu Kekasih.

PENYANYI Datuk Hattan teruja apabila bakal berkongsi pentas bersama rakannya Datuk Jamal Abdillah menerusi Konsert Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan pada 29 Mac ini.

Hattan atau Mohd Shukri Shahabudin, 60, berkata, dia memang sudah lama memasang impian bergandingan dengan Jamal sebagai kejutan buat penonton yang hadir.

"Saya memang mahu berkongsi pentas bersama legenda dalam industri muzik tempatan kerana peminat pastinya teruja menantikan persembahan kami nanti.

hattan1 - 1

Hattan teruja dapat berkongsi pentas dengan Jamal.

"Sesuatu yang cukup istimewa untuk dapat berkongsi pentas dengan seorang legenda dalam industri muzik tempatan.

"Ia pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga persembahan ini akan memberikan inspirasi dan kegembiraan kepada semua yang hadir menonton," katanya.

Bercerita mengenai persembahan konsert itu nanti, Hattan berharap penonton yang hadir bukan sahaja dapat berhibur malah memberi suntikan rohani dalam diri sesuai dengan sambutan Ramadan kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat asyik minta 'Mahligai Syahdu, Rendang Tak Berbuah'... Hattan tak mahu buang tenaga buat lagu baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Aris Ariwatan sokong Jamal Abdillah tarik diri AJL38, jadi suara pertahan nasib artis baharu

"Saya berharap agar penonton dapat merasai kegembiraan yang luar biasa dan juga mendapat inspirasi rohani yang membangkitkan semangat mereka dalam bulan mulia Ramadan ini.

"Insya-Allah, saya bersama Jamal bakal mempersembahkan kesinambungan muzik dengan begitu indah dalam suasana yang penuh dengan keberkatan ini," ujarnya.

Sementara itu, Jamal berharap pengisian daripada persembahannya bersama Hattan tidak hanya diterima dari sudut nyanyian semata-mata, tetapi apa yang lebih penting adalah makna Ramadan dalam diri.

"Agar kita semua tahu, pentingnya untuk menyampaikan pesan keagamaan bukan saja menerusi dakwah dan ceramah, tapi juga melalui seni dan hiburan," katanya.

hattan2 - 1

Jamal berharap memberi suntikan rohani dalam diri penonton.

Konsert Kepadamu Kekasih Simfoni Ramadan turut mendapat kerjasama daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan selaku rakan strategik.

Sumbangan juga akan diberikan kepada bekas atau balu anggota polis dan artis kelahiran Negeri Sembilan yang kurang berkemampuan.

Tiket menerusi penjualan meja dijual pada harga RM15,000 (Table VVIP); RM12,000 (Table VIP); RM8,000 (Table Platinum); RM6,000 (Table Gold) dan RM4,000 (Table Silver).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain