suria

Faham derita ditanggung Bella Astillah, Wani Kayrie tak tahu rasa ujian rumah tangga - “Saya pun belum kahwin”

Wani (kiri) simpati terhadap dugaan yang dilalui oleh Bella (kanan).

PENYANYI Wani Kayrie hanya mampu berasa kasihan atas dugaan menimpa rumah tangga sepupunya iaitu Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Wani atau Syazwani Abdullah, 24, berkata, dia tidak boleh masuk campur urusan pasangan berkenaan dan hanya mampu mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

"Saya kasihan melihat apa dia perlu lalui dan simpan selama bertahun-tahun tapi dalam masa sama saya juga tidak boleh menghakimi mereka kerana saya hanya mendengar cerita sebelah pihak.

Wani tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga Bella.

Wani tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga Bella.

"Apa boleh saya katakan, saya bersimpati dengan apa yang berlaku," katanya kepada mStar.

Wani berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video lagu Balik Raya yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Wani enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga Bella memandangkan dia sendiri masih belum berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya sendiri terkejut"... Bella Astillah jawab dakwaan sudah ‘plan’ tangkap Aliff Aziz dan Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz pula tak muncul di mahkamah

"Saya hormat Bella walaupun tahu apa yang dia terpaksa tanggung sepanjang kami sertai Famili Duo sebelum ini.

"Saya tiada hak bersuara sebab saya pun belum kahwin. Tidak tahu ujian rumah tangga itu bagaimana tapi sudah tentu saya kasihankan Bella," jelasnya.

Tambah Wani, dia juga sudah lama tidak bertemu Bella dan kali terakhir berhubung selepas menghantar mesej bersempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

"Hari jadi kami kebetulan dekat-dekat tarikhnya. Kesal juga apabila semua yang berlaku menjelang hari lahirnya," jelasnya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Aliff dan pelakon Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Wani memberikan semangat untuk Bella meneruskan kehidupan.

Wani memberikan semangat untuk Bella meneruskan kehidupan.

Bella pada 13 Mac memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff namun sebutan kes itu ditangguhkan pada 4 April ini.

Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakandua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain