suria

Khunsa takdir pahit tapi wujud, Azhan Rani soal kalau jadi pada keluarga sendiri - “Nak kena jadi bingung ke? ”

Azhan mahu memberikan pendedahan tentang khunsa kepada masyarakat.

PELAKON Azhan Rani tampil mempertahankan pengarah Shahrulezad Mohameddin susulan drama terbaharu arahannya iaitu Khunsa mendapat kritikan selepas didakwa cuba menormalisasikan budaya sonsang dalam masyarakat.

Azhan atau Azhan Abdul Rani, 48, berkata, drama lakonannya itu sekadar memberi pendedahan kepada masyarakat tentang golongan minoriti itu yang mungkin tidak diketahui ramai.

Malah Azhan turut mempersoalkan apa bakal dilakukan jika ditakdirkan ahli keluarga mereka lahir sebagai khunsa.

Azhan memberikan semangat kepada Shahrulezad untuk meneruskan usaha

Azhan memberikan semangat buat Shahrulezad meneruskan usahanya dalam menyampaikan mesej.

"Habis tu kalau ditakdirkan ada ahli keluarga yang lahir sebagai khunsa dan buat macam mana?

"Nak kena jadi bingung ke? Khunsa takdir pahit tapi wujud," katanya.

Azhan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Khunsa' dituduh normalisasi budaya LGBT, Shahrulezad minta netizen hujah secara sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Misi Azhan Rani tawan puncak Gunung Island Peak tak kesampaian, patah balik kerana cuaca buruk dan angin kencang

Dalam pada itu, Azhan meminta Shahrulezad meneruskan usahanya dalam menyampaikan mesej bermanfaat kepada penonton.

"Ikutlah bukan dosa pun kalau tak tengok drama Khunsa ni. Steady Shahrulezad tetapkan niat kita untuk menyebarkan apa yang baik, insya-Allah," ujarnya.

Sebelum ini ada pihak mendakwa Shahrulezad cuba menormalisasikan budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) menerusi drama Khunsa.

Kata Shahrulezad, tiada apa yang perlu dibimbangkan sebaliknya meminta masyarakat terus berdoa kerana ujian setiap manusia berbeza-beza.

Khunsa mengisahkan tentang kelahiran seorang bayi di sebuah kampung yang diberi nama sebagai Che Khun yang dilahirkan dengan dua alat kelamin.

azhan3 - 1

Lakonan Azhan menerusi Khunsa mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun bapanya Wan Jusoh tidak dapat menerima dan membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki walaupun nalurinya sebagai seorang perempuan.

Drama ini diterajui barisan pelakon popular seperti Azhan Rani, Sherry Alhadad, Nadia Aqilah, Laila Nasir dan Zarina Zainoordin.

Drama 28 episod ini sedang bersiaran di saluran Astro Ria pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain