CARA pendakwah Ahmad Dusuki menjelaskan mengenai salah faham tentang kecantikan manusia yang diukur pada paras rupa serta fizikal dan bukannya ketaatan sebagai Muslim mencuri perhatian ramai. Ia susulan Ahmad Dusuki menggunakan foto pelakon Vanidah Imran yang disunting bagi menutup auratnya sebagai contoh mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya dan selebriti tempatan. Hantaran tersebut turut mendapat perhatian dramatis Lisdawati atau Nisdawati Nazaruddin, 46, yang meminta orang ramai mengambil teguran dibuat daripada sudut positif. Lisdawati minta orang ramai ambil positif teguran Ahmad Dusuki. Kata Lisdawati, Ahmad Dusuki menegur kerana sayang dan percaya Allah SWT menggerakkan hati pendakwah itu untuk menegur perkara berkenaan secara terbuka. "Anggap sahaja ustaz sayang para artis macam kita. Nak kita berubah jadi lebih baik. "Berprasangka baik itu lebih indah. Lebih baik malu dengan Allah daripada manusia. Kita semua berdoalah agar lebih ramai yang istiqamah. "Sekurangnya ada yang tegur itu tanda sayang. Orang baik ramai sayang. Kita cubalah berlapang dada. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai teruja hidupkan foto orang dah mati guna aplikasi, ustaz risau fikirkan tuntutan ‘tiup roh di akhirat’... beri nasihat di TikTok! ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik aksi lucah, Ustaz Ahmad Dusuki kesal Sajat tak habis-habis buat hal - “Wajib boikot makhluk tak reti malu!” Saya percaya Allah gerakkan ustaz untuk menegur. Jangan membenci ulama, itu tanda hati kita hitam. Sesama kita bersihkan dan berbaik sangka ya semua," katanya. Lisdawati berkongsi pandangannya itu pada ruang komen hantaran dibuat Ahmad Dusuki di Instagram. Bagi Lufya Omar, pelakon dan penyanyi itu tidak bersetuju dengan cara pendakwah berkenaan menegur yang dilihat turut memalukan seseorang. Mengimbau pengalaman sendiri, Lufya, 39, berkata, dia mula berhijrah kerana terbuka hati atas nasihat lembut golongan alim yang tidak prejudis terhadapnya. Lufya kurang setuju cara Ahmad Dusuki menyampaikan teguran menggunakan foto Vanidah. "Saya kurang setuju gambar artis ini (Vanidah Imran) digunakan bagi tujuan untuk menyampaikan ilmu tetapi dalam masa sama memalukan individu berkenaan. "Kalau saya ditempat dia saya tidak akan ambil teguran ini secara baik. Seingat saya ketika saya 'free hair' hati saya terbuka nak berhijab dan hijrah atas nasihat lembut dan sokongan orang-orang alim tanpa prejudis. "Hati saya tertarik dengan kelembutan dan keikhlasan serta semestinya datang daripada doa orang-orang alim. Sekadar berkongsi pendapat saya," tulisnya. Sebelum ini, Ahmad memuat naik foto Vanidah dengan hanya mengaburkan rambut aktres berkenaan sambil menyampaikan dakwah tentang makna kecantikkan dalam Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!