PELAKON Aeril Zafrel tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang ingin meletakkan artis terpalit kontroversi dalam senarai hitam. Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, tindakan tersebut sepatutnya dilakukan apabila seseorang artis itu sudah didapati bersalah mengikut undang-undang. "Bagi saya selagi mereka tidak disabitkan dengan sebarang hukuman di mahkamah, kita tiada hak untuk blacklist mereka. "Tapi perkara ini terpulang kembali kepada pihak produksi kerana ia keputusan mereka," katanya kepada mStar. Ariel janji akan sentiasa bersama Wawa. Dalam pada itu, Aeril berkata, kontroversi yang sedang hangat diperkatakan juga banyak membuka mata lebih ramai golongan selebriti untuk menjaga nama baik mereka. Kata Aeril tidak salah mencari keserasian bersama pelakon wanita namun sesuatu perkara itu perlu ada batasnya. "Sebenarnya perkara seperti ini memberi pengajaran juga kepada rakan-rakan artis lain untuk tidak buat hal. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan menempel kontroversi, Wawa Zainal sudah lama ‘ikat’ Misya Mazlan sebagai duta produk ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal muntah darah, mohon doa urusan di Makkah dipermudahkan "Nak cari keserasian itu ada ketikanya perlu juga tapi kalau untuk orang yang tahu batas sahaja. "Keserasian itu kadang-kadang boleh dibuat melalui komunikasi seperti berbual tapi janganlah sampai berlebihan," kongsinya. Sementara itu, isterinya yang juga aktres dan usahawan Wawa Zainal tanpa berselindung memang meletakkan syarat kepada Aeril jika ingin bergandingan dengan mana-mana pelakon wanita. Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia tidak boleh menerima kemesraan berlebihan walaupun di set penggambaran dengan alasan mencari keserasian. Wawa sentiasa ingatkan Ariel sekiranya timbul isu skandal di set. "Saya sebagai isteri tak pernah meletakkan syarat kalau dia dapat sebarang tawaran berlakon. "Malah saya tak kisah dengan siapa dia digandingkan tapi saya beri amaran kepadanya tak perlu berlebih-lebihan dengan pelakon wanita. "Bila dengar atau baca kisah artis terjerebak dalam isu curang, saya memang pesan dekat suami agar jaga diri dan tidak buat perkara serupa. "Tak payahlah alasan nak cari keserasian sampai perlu bermesra berlebih-lebihan. Saya memang tak boleh terima benda begitu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!