NAMA pelakon Izara Aishah terus menjadi sebutan netizen apabila ada pihak seakan-akan cuba mencari kesilapannya. Terbaharu Izara atau Izara Aishah Hisham, 32, menyangkal tindakan seorang netizen mendakwa dia pernah melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Kata Izara dia tidak pernah belajar di Aswara sebaliknya dia adalah bekas pelajar di Kolej Sunway. Individu fitnah Izara masih mendiamkan diri. "Bila masa saya masuk Aswara. Fitnah! Saya Sunway Collage," katanya. Izara berkongsi perkara itu menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman X miliknya. Ibu kepada dua orang cahaya mata itu menjawab dakwaan dimuat naik pengguna laman X dikenali sebagai Amirul Adha yang cuba mendedahkan aibnya. Bagaimanapun, pemilik akaun tersebut menggunakan akaun palsu semata-mata ingin menyebarkan fitnah. ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh masuk kelab selepas hijrah, pengguna X mohon maaf kepada Izara Aishah ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah ‘belanja’ wajah anak kedua selepas 3 bulan bersalin, peminat tak sabar tunggu umum nama pula "Ingat Izara, kita semua ada aib. Saya kenal awak dari Aswara juga," katanya. Penjelasan Izara itu mendapat sokongan pengikutnya yang rata-rata sedia maklum dia dan Neelofa belajar di tempat yang sama. Malah mereka juga menggesa Izara mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut. "Bukan nak jadi batu api tapi lebih baik saman! Netizen minta Izara ambil tindakan tegas. "Dia ingat semua artis dari Aswara ke? Nak fitnah tapi salah fakta," antara komen netizen. Sebelum ini, kunjungan Izara ke sebuah restoran Jepun menimbulkan salah faham apabila ada mendakwa aktres berkenaan berkunjung ke kelab malam biarpun sudah berhijab. Namun Izara menjelaskan cerita sebenar kerana fitnah yang disebarkan boleh merosakkan reputasinya. Malah lelaki menyebarkan fitnah itu tampil memohon maaf secara terbuka atas ketelanjuran kata-kata yang dibuat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!