suria

Lelaki mesej nak cium ‘sesuatu’, Nazrief Nazri anggap ‘syaitan’ terlepas di bulan Ramadan - “Tak puasa ke?”

Nazrief mendedahkan dirinya sering menerima gangguan dari golongan lelaki.

SEBELUM ini, pelakon dan konsultan kewangan Nazrief Nazri pernah berkongsi dia sering menerima gangguan daripada pengikutnya di media sosial.

Lebih menakutkan dedah Nazrief, gangguan panggilan telefon dan mesej diterimanya dibuat oleh golongan lelaki yang berani mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk.

Terbaharu pemilik nama penuh Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 33, mendedahkan dia menerima gangguan daripada seorang lelaki yang pada awalnya menunjukkan minat tentang memiliki insurans.

Untitled design - 2024-03-24T121613.633

Nazrief mendedahkan perbualan bersama lelaki tersebut di Instagram.

Bagaimanapun perbualan tersebut tiba-tiba berubah ke arah seksual apabila lelaki berkenaan memberitahu mahu mencium sesuatu.

"Saya nak cium sesuatu benda boleh tapi jangan marah," tulis lelaki berkenaan dalam mesej tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki misteri ganggu hidup Nazrief Nazri, tak tenang setiap hari telefon ajak buat hubungan songsang

ARTIKEL BERKAITAN: Hargai isteri sanggup susah senang bersama, Nazrief Nazri doa rumah tangga dijauhi penyondol

Tidak hanya berdiam diri, Nazrief membalas mesej yang dihantar dan lelaki tersebut tidak lagi membalas mesejnya selepas dia memakinya.

Dalam pada itu, Nazrief berkata, dia tidak menyangka masih ada 'syaitan' yang terlepas walaupun ketika ini umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

Malah pelakon itu turut mempersoalkan sama ada lelaki tersebut berpuasa selain mengingatkannya tentang azab kubur.

1639034

Nazrief sudah mempunyai seorang anak lelaki.

"Lahh gersang pulak... Bulan puasa pun ada lagi syaitan yang terlepas.

"Kau tak puasa? Bawa-bawa mengucap sikit. Tak takut seksa kubur ke?," balasnya.

Untuk rekod, Nazrief sudah berkahwin dengan Aizatul Aqma Hamdan pada 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Noah yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain