PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) menyokong tindakan penerbit filem dan drama yang mahu memboikot mana-mana pelakon bermasalah dan terlibat dalam kontroversi. Presiden Seniman, Zed Zaidi, 44, berkata, tindakan tersebut dilihat wajar dilakukan sekiranya kontroversi itu boleh mencemarkan nama industri seni tanah air. "Seniman sangat menyokong tindakan produksi blacklist nama-nama artis yang penuh kontroversi ini. Zed mahu artis menjaga imej baik industri. "Lebih-lebih lagi kalau kontroversi mereka merosakkan nama baik industri seni tempatan," katanya kepada mStar. Zed atau Rozaidi Jamil berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Iftar Ramadan sempena Hari Seniman 2024 yang berlangsung pada malam Jumaat. Dalam pada itu, Zed berkata, Seniman sendiri akan menilai sejauh mana tahap kontroversi melibatkan seseorang artis sebelum mengambil sebarang tindakan. ARTIKEL BERKAITAN: Diminta boikot Aliff Aziz, jenama fesyen Rizman Ruzaini tak campur urusan peribadi ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida ‘blacklist’ Ruhainies dalam drama terbaharu, pengajaran buat artis terpalit kontroversi Ini termasuk mengambil kira kes seseorang artis itu melibatkan undang-undang atau sebaliknya. "Kami turut menilai juga apa kontroversi tersebut termasuklah melibatkan isu jenayah atau kesalahan Mahkamah Syariah. "Apabila artis tersebut sudah disabitkan kesalahan dan mahkamah sudah jatuhkan hukuman, baru kami juga akan mengambil tindakan yang sewajarnya," ujarnya. Jangan salahkan netizen kalau kena boikot. ZED ZAIDI PRESIDEN SENIMAN Zed turut mengingatkan penggiat industri seni khususnya pelakon untuk sentiasa menjaga imej mereka di mata masyarakat. "Pelakon membawa diri mereka sebagai produk dalam industri kreatif, jadi mereka harus bertindak mengikut 'selera' masyarakat yang melihat. "Jangan salahkan netizen kalau kena boikot. Mereka tahu menilai baik dan buruk... Salahkan diri sendiri dulu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!