suria

Air mata Siti Nurhaliza tumpah kenangkan Gaza, dapat beli baju raya untuk kanak-kanak di Rafah

Siti sebak mengenangkan anak-anak di Gaza.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza berasa sayu apabila mengenangkan berpeluang membantu mangsa kekejaman Zionis di Semenanjung Gaza ketika ini.

Siti, 45, berkata, dia dan suami Datuk Seri Khalid Jiwa bersyukur kerana dapat menghulurkan bantuan makanan kepada lebih 10,000 saudara Islam yang terkesan di Gaza.

Katanya, dia menerusi Yayasan Nurjiwa sentiasa mencuba sedaya upaya mengumpul dana bagi memastikan sumbangan berterusan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Siti berdoa agar masyarakat di Gaza terus diberikan perlindungan.

Siti berdoa agar masyarakat di Gaza terus diberikan perlindungan.

"Saya tak sangka Allah beri peluang untuk saya dan suami membantu memberi makan lebih 10,000 orang di Gaza.

"Disebabkan itu saya dan suami akan cuba sedaya upaya. Kalau boleh kumpul dana secukupnya dan tidaklah kita tumpukan kepada Gaza," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di Instagram miliknya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dedah Elly Mazlein mahu sumbang RM10,000 buat Gaza, terharu sokongan rakan artis

ARTIKEL BERKAITAN: Tadika 'Afwa Al Aafiyah' jadi tempat perlindungan penduduk Gaza, Siti Nurhaliza tak putus doa buat Palestin

Dalam pada itu, Siti sambil menangis memberitahu dia tidak boleh menahan sebak jika bercakap tentang anak-anak di Gaza.

Bersempena Aidilfitri tidak lama lagi, Siti bersyukur kerana dapat memberikan sumbangan termasuk membeli pakaian untuk kanak-kanak di Rafah menyambut hari raya.

"Saya tidak bolehlah kalau bercakap fasal Gaza ni memang ... (sedih).

"Kami dapat membeli pakaian untuk anak-anak di Rafah beraya nanti. Kita doakan semoga tiada lagi peperangan berlaku di sana," ujarnya.

Siti dan suami melancarkan program Infaq Ramadan baru-baru ini.

Siti dan suami melancarkan program Infaq Ramadan baru-baru ini.

Untuk info, Yayasan Nurjiwa milik Siti dan suami menganjurkan beberapa aktiviti bersempena bulan puasa ini menerusi program Infaq Ramadan.

Jelas Siti, program itu termasuklah bantuan kotak makanan kepada golongan asnaf, majlis iftar selain menyediakan juadah berbuka puasa dan moreh di surau serta masjid terpilih.

Selain itu, misi bantuan khas ke Gaza masih lagi diteruskan dan Yayasan Nurjiwa menerusi wakilnya di sana telah memberikan sumbangan kewangan, makanan, air bersih, pakaian dan pelbagai keperluan lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain