suria

“Jangan fitnah” - Zarina Zainuddin jawab dakwaan bibik, anak autisme tak pukul orang

Zarina sedih dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap Azil.

PELAKON Zarina Zainuddin menafikan dakwaan anaknya iaitu Azil memukul pembantu rumah warga Indonesia sehingga menyebabkan wanita berkenaan melarikan diri baru-baru ini.

Kata Zarina, 54, anaknya yang menghidap autisme itu tidak mungkin memukul orang lain meskipun dalam keadaan dia tantrum atau sedang mengamuk.

"Anak saya ini anak istimewa. Dia pukul diri sendiri sahaja dan tidak orang lain. Paling lebih pun hanya genggam tangan sahaja.

azil1 - 1

Zarina yakin Azil tidak akan memukul orang lain.

"Jangan fitnah anak saya begini. Dia tidak tahu apa-apa. Kalau mengamuk dia pukul muka sendiri dan bukan pukul orang.

"Kalau nak hidup bebas di luar sana, jangan buat cerita," katanya.

Zarina menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Isnin menjawab kembali kenyataan pembantu rumah tersebut yang mendakwa dirinya dipukul oleh Azil.

ARTIKEL BERKAITAN: Bibik dakwa lari akibat tak tahan dipukul anak autisme, minta Zarina Zainuddin lapor polis kalau betul dia mencuri

ARTIKEL BERKAITAN: Kebas barang kemas tapi tinggal pasport, bibik Zarina Zainuddin lari ikut ‘cowok’

Dia turut meluahkan rasa kesal apabila orang ramai mula menganggap dirinya sengaja mereka cerita selain menyokong kenyataan wanita yang dikenali sebagai Rahayu itu.

"Orang luar tidak tahu cerita jangan sedap mulut kata saya putar belit. Saya kerja setengah mati cari duit nak bayar maid, tapi anda semua boleh sokong dia," ujarnya.

Dalam masa sama dia sekali lagi menegaskan ini merupakan kali kedua kejadian pembantu rumah lari terjadi dengan melibatkan agensi yang sama.

Kalau nak hidup bebas di luar sana, jangan buat cerita

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

Zarina turut memdakwa barang kemas miliknya telah dicuri oleh wanita berkenaan sebelum melarikan diri.

"Dah dua kali saya kena tipu dengan agensi dan pembantu rumah ini. Dia tinggalkan anak masa saya tiada di rumah," ujarnya.

Sebelum ini Rahayu dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok mendakwa dia tidak tahan apabila menjadi mangsa pukul Azil sepanjang bekerja bersama Zarina.

zarina 3

Zarina sebelum ini meluahkan rasa marah apabila sekali lagi pembantu rumah lari.

Malah Rahayu turut mencabar Zarina untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan dia mencuri barang kemas milik pelakon berkenaan.

Azil atau Muhammad Razil Abu Raihan, 27, menghidap austisme sejak kecil dan turut mempunyai pasangan kembar iaitu Muhammad Raizal Abu Raihan yang juga mengalami masalah sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain