MASIH mengekalkan hubungan baik dengan Syafiq Kyle, pelakon Mimi Lana profesional apabila melibatkan soal kerja walaupun mereka tidak jadi berkahwin. Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 29, berkata, perkenalan sembilan tahun membuatkan mereka matang dan tidak terlalu mengikut emosi dalam berdepan dengan masalah. "Saya tidak mengambil tempoh lama untuk bersemuka dengan Syafiq. Usia perkenalan sembilan tahun membuatkan kami matang. "Kami tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah. Mimi tidak ambil masa lama untuk bangkit selepas peristiwa batal majlis nikah. "Industri seni ini kecil sahaja, jadi kena profesional dan ketepikan hal peribadi. Saya juga tiada masalah bergandingan dengannya," katanya kepada mStar. Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama terbaharu lakonannya berjudul First Wives di Putrajaya pada Isnin. Dalam pada itu, Mimi tetap dengan pendirian untuk tidak berkongsi punca sebenar keretakan hubungan mereka sehingga tidak jadi berkahwin. ARTIKEL BERKAITAN: Tampil sedondon dalam sesi fotografi raya, Syafiq dan Mimi Lana kekal sebagai rakan ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lagi nak kahwin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah Jelas Mimi, semua perkara yang berlaku biarlah menjadi rahsia agar tidak menjadi lebih besar. "Apa yang berlaku biarlah saya simpan supaya tidak menjadi lebih besar atau timbul sebarang spekulasi. Apa yang orang nampak itulah ceritanya," ujarnya. Sementara itu, Mimi memberitahu walaupun tidak dapat menyembunyikan kesedihan namun dia percaya seseorang itu perlu bersederhana dalam menzahirkan perasaan. Tetapi ini semua sudah tertulis. Mungkin Allah mahu beri yang lebih baik untuk saya di masa akan datang MIMI LANA PELAKON Tambah Mimi, memaafkan antara satu sama lain adalah cara terbaik untuk kembali bangkit tanpa dibayangi kisah silam. "Sebagai wanita kita tidak boleh menipu tentang perasaan sedih namun kita kena bersederhana dalam perasaan. "Kalau Allah beri kesedihan kita menangis cuma jangan sampai menganggu kehidupan seharian, keluarga dan kerjaya. "Rasanya untuk pulih sampai bila-bila pun mungkin tidak. Boleh memaafkan namun tidak melupakan. Mimi dan Syafiq sepatutnya berkahwin pada 18 Ogos tahun lalu. "Ini semua sudah tertulis. Syukur saya dapat atasi semua ini dengan baik. Mungkin Allah mahu beri lebih baik untuk saya pada masa akan datang," ujarnya. Kisah Mimi dan Syafiq yang membatalkan majlis pernikahan mereka pada 18 Ogos tahun lalu menjadi bualan hangat. Bagaimanapun kedua-dua kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja. Bercakap mengenai drama First Wives, Mimi memberitahu dia tampil memberi kelainan memandangkan kali ini memegang watak komedi. Mimi dan Melissa (kiri) tampil bawa watak komedi dalam drama First Wives. Kata Mimi, memandangkan jarang membawakan peranan genre komedi, wujud perasaan gementar kerana merasakan dia bukan seorang yang kelakar. "Ini kali pertama saya bawa watak utama genre komedi, saya seronok dan lepas ini lebih yakin terima tawaran sama. "Tak sangka bila di set penggambaran orang boleh ketawa dengan watak saya. Itu membuatkan saya lebih yakin sebagai seorang pelakon," jelasnya. Drama terbitan Astro Shaw itu turut menampilkan pelakon lain seperti Malek McCrone, Melissa Campbell, Charles Roberts, Carmen Soo dan Andy Teh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!