suria

Fail cerai bukan sebab Datuk Red jatuh muflis, 18 tahun Datin Red kongsi kepayahan bersama suami

Datin Red kongsi susah senang bersama suami.

ISTERI pertama Datuk Seri Adnan Abu tidak akan sesekali meninggalkan suaminya hanya kerana usahawan berkenaan sudah tidak mempunyai harta dan jatuh bankrap.

Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim atau Datin Red sebaliknya berkata, dia adalah individu yang sentiasa bersama suami sejak mereka berkahwin 18 tahun lalu mengharungi pelbagai rintangan dan kepayahan.

"Mana mungkin saya nak tinggalkan dia sebab dia sudah muflis. Nak cakap hidup susah, saya sudah hidup dengan Adnan selama 18 tahun!

TOP red2 - 1

Datin Red tetap pendirikan mengenai penceraiannya.

"Macam-macam dugaan jatuh bangun bersama-sama. Saya pernah kena gigit pacat sebab ikut dia berniaga sayur ketika sedang hamil anak pertama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharifah menjelaskan dia mempunyai sebab memfailkan cerai terhadap Adnan pada Januari lalu namun enggan mendedahkan puncanya.

Bagaimanapun secara ringkas Sharifah memberitahu penceraian itu bukan kehendaknya.

"Saya fail cerai ada sebab dan bukan kehendak saya," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Datin Red tak buli Adira, hantaran di IG tuju pada suami... “Kenapa dia nak terasa?”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira menangis tonton luahan suami, kakak bagi amaran kepada Datin Red... “Jangan buli adik saya”

Mengulas mengenai usaha Adnan memujuknya di media sosial, Sharifah berkata tiada apa dapat mengubah pendiriannya ketika ini.

Sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

"Saya serahkan hidup saya bulat-bulat pada Allah. Pujuk untuk apa?

"Apa boleh saya katakan, terlajak perahu boleh patah balik, terlajak kata buruk padahnya," katanya.

Anak-anak pula mereka tidak tahu tapi mungkin yang sulung sudah tahu sejak benda ini tular.

DATIN RED

ISTERI DATUK RED

Menurut Sharifah, sejak Adnan tidak mempunyai pendapatan tetap lima tahun lalu dia juga melakukan pelbagai kerja bagi menampung kehidupan keluarganya.

"Sepanjang lima tahun ini, macam-macam saya buat. Tapi saya tak mahu cakap lebih sebab mahu jaga hati banyak pihak," ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, Sharifah memberitahu anak-anaknya tidak mengetahui mengenai masalah menimpa mereka selama ini.

Sebaliknya lima orang anaknya itu kerap bertanya keberadaan bapanya sekiranya sudah lama tidak pulang ke rumah.

Datuk red 2

Anak-anak sentiasa menanti kepulangan Datuk Red.

"Anak-anak pula mereka tidak tahu tapi mungkin yang sulung sudah tahu sejak benda ini tular.

"Setiap hari mereka tanya bapa mereka balik atau tidak. Ini pun sudah dua hari tak pulang ke rumah. Sebelum ini balik macam biasa," kongsinya.

Selasa lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu.

Sejak itu, Adira terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

red 1

Kemelut rumah tangga Datuk Red menjadi perhatian ramai.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala Sharifah memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain