suria

Farez Adnan anggap teguran Aliff Syukri kasar, publisiti percuma untuk ‘Chu Kuca Raya 2024’

Farez (kanan) kesal dengan teguran dibuat Aliff yang disifatkan sebagai kasar.

PENYANYI Farez Adnan menganggap teguran usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri terhadap lagu raya nyanyiannya iaitu Chu Kuca Raya 2024 sebagai kasar.

Farez atau Muhd Fareezuan Adnan, 29, berkata, dia pelik dengan sikap Aliff apatah lagi tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan usahawan terbabit.

Bagaimanapun Farez mengambil teguran dibuat sebagai perkara positif yang dapat memberi publisiti percuma kepada lagu nyanyiannya.

"Saya tiada masalah dengannya tetapi cara dia bercakap agak kasar.

Farez bersama Amy (tengah) menjayakan lagu Chu Kuca Raya 2024.

Farez menganggap teguran dibuat Aliff sebagai kasar.

"Sudah tentu ada rasa kesal sebab Aliff boleh sahaja tegur saya dengan baik.

"Tapi sebenarnya secara tak langsung dia sudah beri publisiti percuma untuk saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Bercerita pembabitannya sebagai penyanyi lagu tersebut, Farez memberitahu pada awalnya dia hanya ditugaskan merakamkan demo untuk Aliff.

Namun disebabkan salah faham di antara usahawan itu dengan komposer Amy Ukays, lagu Chu Kuca Raya 2024 diserahkan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri ada duit boleh minta komposer lain buatkan lagu, tak peduli Amy Ukays tarik diri

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tunduk provokasi Amy Ukays, Aliff Syukri tetap tampil lagu raya baharu - "Dia yang lupa diri"

"Sebelum saya rakam demo lagu tersebut, Amy beritahu Aliff tak jadi ambil lagu tersebut.

"Tak lama selepas itu Amy hubungi saya dan tawarkan merakamkan lagu itu bersama Ukays.

"Apabila susunan muzik sudah dibuat, saya terus merakamkan lagu tersebut sebelum Aliff tiba-tiba minta semula lagu berkenaan," jelasnya.

Amy beritahu Aliff tak jadi ambil lagu itu sebelum tawar saya rakam bersama Ukays.

FAREZ ADNAN

PENYANYI

Menjawab dakwaan dia meniru suara Aliff dalam lagu tersebut, Farez memberitahu Chu Kuca Raya 2024 memang digubah khusus buat usahawan berkenaan.

Disebabkan itu lenggok suara dan cara nyanyiannya dan Aliff kedengaran mirip.

"Lagu ini sebenarnya kesinambungan lagu Chu Ku Chuk Raya dan kalau perasan lagu ini nafasnya lebih kurang seperti lagu Aliff sebab ia memang digubah khas untuk usahawan itu," jelasnya.

Farez menerima tawaran menyanyikan Chu Kuca Raya 2024 selepas ditolak Aliff.

Farez berharap pendengar menyukai lagu Chu Kuca Raya 2024.

Sebelum ini, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa ada penyanyi lain mencuri lagu rayanya berjudul Chu Ku Chuk Raya.

Kata Aliff, Farez telah meniru konsep lagu serta suara yang disifatkan sudah menjadi trademark dia sebaai penyanyi.

Kemelut di antara mereka bermula apabila Amy memberitahu dia tidak mahu lagi bekerjasama atau menghasilkan lagu raya untuk Aliff.

Ini disebabkan Amy kesal dengan sikap angkuh Aliff termasuklah dituduh menumpang populariti atas perselisihan faham di antara mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain