suria

Idea bantu golongan memerlukan tercetus ketika di Makkah, Madammu puas dapat agih 1,000 pasang pakaian raya

Madammu berasa puas dapat membantu golongan kurang berkemampuan untuk menyambut hari raya.

USAHAWAN Madammu meluahkan rasa puas apabila impian memberi sumbangan pakaian hari raya buat wanita kurang berkemampuan akhirnya terlaksana pada pagi Sabtu.

Madammu atau Eyrica Baiduri, 34, berkata, sebagai wanita dan ibu dia sendiri tidak dapat menahan air mata apabila membaca laporan mengenai golongan kurang bernasib baik tidak mampu membeli kelengkapan Aidilfitri.

"Apabila saya baca tentang ramai tak dapat beli baju raya membuatkan saya sangat tersentuh hati sampai mengalirkan air mata.

madam2 - 1

Madammu membantu orang ramai yang hadir membuat pilihan.

"Alhamdulillah tercapai juga impian saya nak berkongsi rezeki dengan menyediakan 1,000 helai baju raya untuk mereka yang memerlukan," katanya kepada mStar.

Madammu berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Agihan Sumbangan 1,000 Pasang Baju Raya oleh Noir di Sabella HQ, Batu Caves, Selangor pada pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Madammu memberitahu idea mahu memberi sumbangan pakaian kepada golongan memerlukan tercetus ketika dia dan suami iaitu Muhammad Azri mengerjakan umrah di Makkah dua minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati tersentuh baca kisah wanita tak mampu sambut raya, Madammu belanja 1,000 pasang baju baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk sipi-sipi muka baby, Madammu tak mahu terlalu 'expose' di media sosial... Enggan anak hilang privasi

Ceritanya, kebetulan pengasas Sabella iaitu Siti Fatimah Abdul Samad yang juga sahabatnya turut ingin sama-sama melakukan sumbangan dan mereka bergabung bagi merialisasikan idea berkenaan.

"Aturan Allah itu sebenarnya cukup cantik sebab idea memberi sumbangan itu tercetus ketika di Tanah Suci dan kebetulan saya ke sana bersama Siti Fatimah.

TOP madam - 1

Madammu mahu semua orang dapat bergembira di hari raya.

"Apabila Siti Fatimah juga mahu menyumbang, jadi kenapa tidak kita ambil sahaja produk keluarannya.

"Alhamdulillah kami berkolaborasi dan Siti sendiri memberi harga berpatutan sebab dia juga mahu membantu serta menyumbang," ujarnya.

Sementara itu, Siti pula memaklumkan nilai sumbangan pemberian 1,000 pasang baju raya wanita mencecah RM100,000.

WhatsApp Image 2024-03-30 at 1.26.20 PM

Madammu dan Siti Fatimah bergabung selepas mendapat idea ketika dia Makkah.

Kata Siti, sejak pagi Sabtu orang ramai mula membanjiri tapak penyerahan sumbangan malah mereka boleh memilih corak, rekaan dan saiz mengikut kesesuaian.

"Alhamdulillah sejak pagi ramai yang datang ambil pakaian hari raya yang disediakan dan berharap apa kami lakukan ini sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan," katanya.

Sebelum ini, Madammu juga pernah berkongsi rezeki dengan kerjasama bersama mStar melalui segmen mStar Baek sebanyak 10 episod bagi membantu golongan selebriti yang uzur dan diuji kesempitan hidup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain