PELAKON Afifah Nasir berat hati meninggalkan kedua-dua ibu bapanya apabila bergelar isteri tidak lama lagi. Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 31, berkata, perasaan itu timbul kerana dia tidak pernah berpisah dengan mereka sejak dia kecil. "Saya rasa sedih sebab terpaksa tinggalkan ibu bapa saya setelah hidup dengan mereka sepanjang hayat saya. Afifah membuat perkongsian istimewa itu di Instagram pada Jumaat. "Sejak kecil saya dimanjakan dan mereka tidak pernah gagal memberikan kasih sayang, perhatian dan kemewahan kepada saya dan adik-beradik lain," luahnya. Afifah berkongsi luahannya itu menerusi Instagram miliknya. Pelakon itu turut memaparkan foto-foto lama dia bersama ibu bapanya ketika berada di luar negara. ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Afifah Nasir dilamar kekasih, bakal berkahwin tahun ini ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir mahu ‘low profile’ tentang cinta, hormat privasi bakal suami... rancang kahwin tahun ini Dalam pada itu, Afifah berkata, dia tidak akan dapat membalas semua jasa ibu bapanya yang telah dicurahkan kepadanya selama ini. Namun tetap bersyukur dengan segala diberikan kepadanya sehingga menjadikan siapa dirinya hari ini. "Mereka sediakan segala keperluan dan kehendak saya daripada makanan hingga pakaian. Afifah dan Syed Hariz dikhabarkan bakal menikah pada tahun ini. "Saya sangat bersyukur dengan apa saya terima dan saya tidak akan mampu membalas jasa mereka sampai bila-bila," ujarnya. Untuk rekod, Afifah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya iaitu Syed Hariz pada 1 Mac lalu. Pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!