suria

A. Aida tak selesa suami orang jeling gatal, pesan jaga kelakuan depan isteri... Lainlah kalau bujang!

A. Aida tidak selesa dipandang oleh suami orang.

PENERBIT Datuk A.Aida memberi amaran kepada lelaki yang sudah bergelar suami supaya menjaga kelakuan dan pandangan mata daripada melihat wanita lain.

Menurut A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, lebih mengecewakan apabila lelaki berkenaan melakukan perbuatan tidak sopan itu ketika berada bersama isteri.

"Saya mahu berpesan kepada suami-suami di luar sana, senakal-nakal kita pun janganlah berkelakuan tidak elok di depan isteri.

A. Aida memberi amaran kepada para suami untuk menjaga perasaan isteri.

A. Aida memberi amaran kepada para suami untuk menjaga perasaan isteri.

"Jagalah perasaan dan hormati mereka. Cover sikitlah perangai gatal tu," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

A. Aida berkongsi perkara itu ketika diminta mengulas kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya sebelum ini.

Berkongsi pengalamannya, A. Aida berkata dia tidak selesa apabila menerima pandangan ‘gatal’ berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida 'blacklist' Ruhainies dalam drama terbaharu, pengajaran buat artis terpalit kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nama Ruhainies gugur, Bella Astillah dapat 3 kontrak drama, A. Aida tiada kompromi artis bermasalah

"Situasi ini sebenarnya memang dah kerap kali berlaku tetapi tempoh hari saya menyampah melihat seorang lelaki ini terlalu jelas memandang saya.

"Saya duduk di sebelah meja lelaki itu dan matanya asyik memandang saya. Isterinya di sebelah pun tak selesa dan seperti marah-marah. Bini ada dekat sebelah, tapi mata tu asyik pandang saya," ujarnya.

Penerbit drama Sekali Lagi Cinta ini turut memberitahu dia dapat membaca pandangan yang diberikan oleh lelaki itu sama ada berniat baik atau tidak.

Jelas A. Aida, dia tidak kisah sekiranya pandangan tersebut diberikan oleh lelaki bujang malah dirinya tidak keberatan untuk memberikan senyuman sekiranya mereka bukan bergelar suami orang.

A. Aida sering menerima pandang lelaki bergelar suami.

A. Aida sering menerima pandang lelaki bergelar suami.

"Apa yang membuatkan saya tidak selesa, yang memandang itu semuanya sudah beristeri. Kalau bukan suami orang, saya tak kisah.

"Saya ini seorang penulis skrip. Orang punya mimik muka saya dah boleh baca.

"Saya benganglah dia macam tak hormat isteri dia. Saya memang pantang lelaki seperti ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain