suria

Tya Ariffin ajar anak berniaga, netizen puji Arif Jiwa ramah tak segan tegur pengunjung ‘promote’ jualan ibu

Tya berkongsi telatah comel Arif yang begitu ramah dan tanpa segan silu menegur orang ramai.

GELAGAT comel anak pelakon Tya Arifin mempromosikan produk jualan di sebuah festival jualan raya di Singapura mencuri perhatian ramai.

Dalam video dikongsi Tya di Instagram itu, Arif Jiwa, 7, dilihat begitu ramah dan tanpa segan silu menegur orang ramai yang mengunjungi karnival berkenaan.

Kata Tya atau Nurtria Wulandari Arifin, 30, tujuannya membawa Arif ke acara berkenaan adalah kerana mahu anaknya mempelajari ilmu baharu.

Untitled design - 2024-04-01T130926.208

Tya mendedahkan dia mendidik Arif untuk selalu berusaha dapatkan sesuatu.

"Mengajar tentang kehidupan, terkadang apa yang kita nak, kita tak dapat... harus berusaha lebih lagi dan pasti waktunya untuk dapat hal itu atas izin Allah," tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji keberanian dan kepintaran cucu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu yang dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan produk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Arif Jiwa masih kanak-kanak tak tahu bezakan main dan buli” - Asyraf Khalid minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Arif Jiwa dah jadi abang! Tya Ariffin selamat lahir bayi perempuan

Malah ramai menyokong tindakan Tya mendidik anaknya mengenai erti kesusahan dalam mencari rezeki.

"Pintarnya, mereka tidak tahukah itu cucu Siti dan Datuk K?

Untitled design - 2024-04-01T131022.680

Tya menerima pujian kerana mendidik Arif untuk berusaha mencari rezeki.

"Bagusnya Tya, walaupun Arif dilahirkan senang tapi tetap mengajar anaknya berusaha cari duit.

"Hebat Arif, tak malu menjual untuk bantu ibu cari rezeki, sudah ada ciri-ciri ahli perniagaan," komen netizen.

Arif Jiwa Asyraf dilahirkan pada 31 Mac 2017 merupakan anak sulung hasil perkahwinan Tya dan Asyraf Khalid.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain