suria

Hilang mood nak raya, duit dalam akaun isteri Zahid Baharudin lesap... “Licin habis RM4,250”

Kejadian hilang duit menjejaskan perbelanjaan keluarga Zahid.

PENYANYI Zahid Baharudin berputih mata apabila kehilangan wang berjumlah RM4,250 dari akaun e-wallet milik isterinya iaitu Nurul Shuhada.

Kata Zahid atau Ahmad Zahid Baharudin, 44, kejadian itu turut memberi kesan terhadap emosi mereka tatkala kini dalam persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Memang tiada perasaan nak raya. Dalam kereta dengar radio mainkan lagu raya pun tak boleh.

zahid 2

Shuhada berkongsi duit dalam akaun e-wallet miliknya hilang.

"Saya tidak halalkan orang yang guna duit itu," katanya.

Zahid meluahkan perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Kehilangan wang tersebut disedari oleh isteri Zahid pada Sabtu lalu ketika awal pagi selepas mereka bangun daripada tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid kenal isteri ketika ‘busking’, rancang kahwin sejak dua tahun lalu - “Dia pandai urus masa dan jaga duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap jadi pilihan pendengar, sentuhan Pak Ngah buat lagu raya Siti Nurhaliza malar segar

"Bangun tidur saya lihat isteri menangis, lepas itu dia hubungi bank dan kemudian beritahu duit hilang dalam akaun e-wallet. Ini memang kerja 'musibat' sebab dia tahu hari gaji.

"Habis sebulan kumpul duit nak raya. Jadi kepada semua janganlah hubungkan e-wallet dengan akaun bank sebab kes ini dah banyak terjadi," ujarnya.

Zahid juga memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung pekara berkenaan.

Habis sebulan kumpul duit nak raya

ZAHID BAHARUDIN

PENYANYI

Sementara itu menerusi perkongsian di Instastory, Shuhada turut meluahkan rasa kesal akan kejadian yang tersebut kerana wang berkenaan sepatutnya digunakan bagi perbelanjaan bulanan.

"Kalau RM40 atau ratus boleh pejam mata... ini RM4,250. Licin habis akaun aku.

"Aku ada komitmen nak bayar rumah, kereta. keluarga di kampung, makan, minyak dan tol... semua itu siapa nak tanggung?

zahid 3

Zahid kongsi nasihat agar tidak menghubunkan akaun bank dengan e-wallet.

"Ada yang komen tiada rezeki saya. Tetapi itu mencuri duit hasil titik peluh orang. Kalau tak boleh tolong cukup dengan doa, bukan cakap perkara yang menyakitkan hati," luahnya.

Shuhada turut berkongsi penggodam yang mencuri duit berkenaan membuat transaksi secara berperingkat bermula dari awal lewat malam Jumaat sehingga awal pagi Sabtu tanpa disedari olehnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain