suria

Peminat macam tak percaya Anzalna Nasir baik hati, siap dapat banyak diskaun dan hadiah daripadanya

Anzalna disifatkan seorang yang pemurah dan rendah diri.

SEORANG pengikut laman sosial Anzalna Nasir menyifatkan pelakon itu sebagai seorang yang merendah diri dan tidak sombong walaupun berstatus artis popular.

Tidak hanya itu, individu berkenaan turut memuji sikap pemurah Anzalna kerana memberi potongan harga istimewa ketika membeli barangan terpakai milik anak lelakinya iaitu Eidrees.

Kebaikan yang ditunjukkan Anzalna membuatkan individu tersebut tidak percaya dengan apa dialaminya.

Anzalna berkongsi paparan tangkap layar menerima pujian daripada netizen.

Anzalna berkongsi paparan tangkap layar menerima pujian daripada netizen.

"Saya rasa macam tak percaya awak terlalu baik dan rendah diri. Sejak dulu saya memang kagum sangat dengan seluruh keluarga awak.

"Saya ingat macam sombong rupanya tak! Memang pemurah betul, sudahlah beri saya banyak diskaun, siap beri hadiah lagi... Saya hargai sangat," tulisnya.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, turut berkongsi paparan tangkap layar mesej diterimanya di Instagram pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengkuk sakit kesan jatuh, Anzalna Nasir terpaksa buat MRI

ARTIKEL BERKAITAN: "Rezeki Allah bagi perlu dikongsi bersama"- Anzalna Nasir bawa bapa tunggal beli barang keperluan bayi

Dalam mesej sama, individu tersebut turut mendoakan pelakon Dendam Aurora itu diberikan kesihatan yang baik bersama suami dan anak-anaknya.

"Awak sangat baik hati dan tidak hairanlah awak diberikan kehidupan sempurna.

"Saya doakan semoga Allah kurniakan kesihatan untuk anak-anak awak dan membesar menjadi anak soleh dan bijak," ujarnya.

Memberi respon terhadap pujian tersebut, Anzalna mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana sanggup datang dari Pulau Pinang untuk membeli pakaian terpakai anak-anaknya.

"Alhamdulillah rezeki awak dan anak-anak. Terima kasih kerana sanggup datang dari Pulau Pinang.

"Awak sangat baik hati, terima kasih kerana banyak membeli pakaian terpakai anak-anak saya. Nanti saya akan korek lagi cari baju-baju lama Eidrees," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain