HUBUNGAN pelakon Maya Karin dengan teman lelakinya yang berasal dari Perancis masih dalam keadaan baik malah percintaan mereka sudah memasuki usia dua tahun. Maya atau Maya Karin Roelcke, 44, berkata, walaupun jarang berjumpa namun mereka masih mampu mempertahankan ikatan yang terjalin. "Sebenarnya saya sendiri terkejut sebagai tak fikir hubungan kami boleh kekal lama walaupun ada turun naik dalam percintaan kami. "Saya jangkakan lepas sebulan, saya akan reda jika kami ditakdirkan berpisah tapi apa yang berlaku sebaliknya. Maya kini sedang sibuk dengan kerjaya lakonannya. "Saya memang jarang bertemu dengannya memandangkan dia sangat sibuk tetapi sering datang ke Asia Tenggara untuk melancong," katanya kepada mStar. Maya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa filem The Experts yang diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resorts, Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu. Dalam pada itu, Maya juga memberitahu dia cuba untuk tidak terlalu memaksa dan menjadi lebih realistik dalam hubungan. ARTIKEL BERKAITAN: Serangan panik punca menggeletar di pentas FFM32, Maya Karin gelar Faizal Hussien hero - "Siap kutip kasut saya yang tertinggal" ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu penat bekerja... Maya Karin diserang anxiety di set penggambaran Kata Maya, biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing, mereka mempunyai persefahaman yang baik untuk terus mengekalkan hubungan. "Saya sekarang dalam proses mengubah suai rumah. Selain itu, saya juga sibuk promosi filem dan selepas tu nak ‘shooting’ filem baru pula. "Saya juga sudah beritahu dia mungkin saya tidak dapat bertemu dengannya selama enam minggu dan dia juga memahaminya. Sebenarnya saya juga terkejut dan tak fikir hubungan kami boleh kekal lama. MAYA KARIN PELAKON "Namun, dia masih boleh melawat saya di lokasi penggambaran kerana dia memang suka tengok saya bekerja," ujarnya. Mengulas lanjut tentang perhubungan mereka, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan jejaka tersebut. "Saya juga berasa seronok kerana ada seseorang di sisi menemani ketika berkahwin dulu. Ia satu pengalaman yang menarik. "Insya-Allah, saya akan berkahwin juga satu hari nanti," katanya. Maya tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Sebelum ini, mengakui sedang berkawan rapat dengan jejaka Perancis yang tidak didedahkan identitinya. Malah Maya turut dilihat ditemani lelaki itu sewaktu menghadiri majlis pelancaran minyak wangi miliknya iaitu By Maya Karin pada tahun lalu. Untuk rekod, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang warga Britain iaitu Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada 24 Julai 2008. Perkahwinan mereka akhirnya berakhir dengan penceraian pada 16 Julai 2010. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!