NAMA The Gadys mungkin sudah tercalar dengan kontroversi nyanyian sumbang dalam sebuah program TV sebelum ini sehingga mereka dikecam hebat. Pun begitu, kritikan dan hinaan netizen tidak pernah melunturkan semangat mereka sebaliknya menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran. Buktinya, The Gadys tampil dengan lagu raya kedua mereka yang berjudul Cuti Raya dalam usaha memeriahkan lebaran tahun ini. Salah seorang anggotanya iaitu Aznie memberitahu mereka diberi peluang bereksperimentasi dari segi emosi dan cara nyanyian menerusi lagu tersebut. Insiden lalu tidak pernah melunturkan semangat mereka untuk terus berkarya. Apa lebih penting kata Aznie, Cuti Raya mementingkan aspek lirik kerana ingin memastikan ia dapat menyentuh hati pendengar. "Proses rakaman lagu raya sebenarya sangat seronok sebabnya pelbagai emosi boleh kita letak dalam setiap melodi dan nyanyian. "Banyak lirik yang dicuba dan diubah suai agar lebih kena dengan situasi semua pendengar," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar. The Gadys yang turut dianggotai Ayuni dan Thamiera. ARTIKEL BERKAITAN: “Kami bukan penyanyi profesional” - The Gadys sedih baca komen netizen, bakal masuk kelas vokal ARTIKEL BERKAITAN: Minus one dengan ‘key’ lebih tinggi punca nyanyian sumbang, The Gadys tenang berdepan kecaman Ayuni berharap agar lagu tersebut diterima baik pendengar dan kekal malar segar sepanjang zaman. "Kami berharap Cuti Raya diterima baik pendengar dan akan kekal evergreen selain menjadi pilihan setiap kali tibanya Syawal," ujarnya. Tahun lalu, The Gadys pernah muncul dengan Gadys Raya dan single terbaharu ini mendapat sentuhan Ja’a, Mage dan Glowrush. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!