suria

Aaron Aziz jadi sasaran scammer, kesan ada pihak guna AI suara dan fotonya perdaya orang ramai

Aaron berharap kes sindiket penipuan ini dapat tindakan segera daripada pihak berkuasa.

PELAKON Datuk Aaron Aziz mendedahkan ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan suara dan fotonya menerusi dengan terknologi kecerdasan buatan (AI) bagi satu sindiket penipuan.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 48, berkata, dia juga sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan sedang menunggu maklum balas untuk tindakan selanjutnya.

Kata Aaron, kes ini memerlukan masa agak panjang untuk diselesaikan kerana terdapat beberapa prosedur rumit yang harus dijalankan termasuk mengesan identiti pelaku.

"Saya sudah buat laporan ke MCMC dan ia akan memakan masa juga kerana perlu mengesan IP address dan saya pun sudah menghantar wakil ke kilang tersebut tetapi sukar untuk dikesan kerana mereka mempunyai ramai ejen.

aaron1 - 1

Aaron kesal dengan individu tidak bertanggungjawab melakukan penipuan.

"Scammer itu menggunakan suara dan gambar saya dengan teknologi AI, ibaratnya seperti saya yang mempromosikan produk tersebut," katanya kepada mStar.

Aaron berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Filem The Experts yang diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resorts, Shah Alam, Selangor pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, Aaron memberitahu sebelum ini dia sudah memberi amaran kepada sindiket penipuan tersebut namun peringatan yang diberikan tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz sudah hilang sabar, buat laporan polis terhadap 4 akaun IG scammer

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz bergegas ambil anak selepas sekolah terima ancaman bom, tegur ibu bapa panik jadi keadaan huru-hara

Jelas Aaron, dengan penipuan yang dibuat sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya yang dianggap sebagai penipu.

"Sebelum ini sudah berlaku kes penipuan seperti itu tetapi saya sudah memberi amaran untuk mereka padam hantaran yang dibuat... Tapi tengok-tengok mereka buat balik.

"Mereka buat promosi satu t-shirt berharga RM1. Tak masuk akal kan? Nama saya juga terpalit orang ingatkan saya scam pelanggan," ujarnya.

Scammer itu menggunakan suara dan gambar saya dengan teknologi AI.

AARON AZIZ

PELAKON

Pelakon filem The Original Gangster ini bagaimanapun berharap tindakan segera dapat dibuat oleh pihak SKMM dalam menyelesaikan isu penipuan yang semakin berleluasa.

Malah Aaron turut menyarankan agar satu unit khas ditubuhkan bagi membanteras kegiatan sindiket penipuan ini.

"Saya harap kita dapat bantuan dan tindakan yang lebih pantas oleh MCMC. Bukan saya sahaja yang terkena, ramai lagi individu yang mengalami nasib yang sama.

553

Aaron sebelum ini telah pun membuat laporan polis terhadap sindiket penipuan.

"Saya harap pihak SKMM dapat tubuhkan unit khas untuk membanteras sindiket penipuan ini," katanya.

Pada 11 Mac lalu, Aaron membuat laporan polis ke atas empat akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan.

Kata Aaron, dia membuat laporan berkenaan susulan tindakan melampau scammer yang dipercayai menggunakan nama, wajah dan identitinya untuk mempromosikan pelbagai produk jualan di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain