PELAKON dan pempengaruh media sosial Harris Annuar mengalirkan air mata ketika siaran langsung di TikTok baru-baru ini bukan cuba menagih simpati daripada orang ramai membeli produknya. Pengacara Nadia Annuar menjelaskan adiknya itu hanya mempromosikan kuih bangkit yang dijual tetapi tidak pernah sesekali mengemis atau memaksa orang ramai membeli. "Kepada yang cakap anak Kak Ton drama menangis semata-mata 'marketing', tolong bercakap menggunakan otak. Nadia membuat teguran itu di Insta Story miliknya pada Selasa. "Kami bukan peminta sedekah, dia cuma promosi biskut dan minta mereka yang berminat untuk beli, boleh beli. Itu sahaja," katanya. Nadia menjelaskan perkara itu selepas muncul dakwaan mengatakan Harris menangis hanya sekadar mahu mendapat simpati orang ramai. Tidak cukup itu, ada pula meminta Harris meminta wang daripada ibunya yang juga usahawan kosmetik Zaiton Hassan bagi membayar hutang kepada pembekal. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada duit bayar pembekal, Harris Annuar menangis jual kuih bangkit dalam video ‘live’ ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Annuar dedah sudah bercerai, fokus diri sendiri sebelum cari pengganti Dalam pada itu, Nadia turut menjelaskan ibu mereka tidak memiliki kekayaan seperti disangka sesetengah pihak di media sosial. Jelas Nadia, dia dan adik-beradiknya sentiasa berusaha berdikari mencari rezeki dan tidak pernah mengharapkan wang ibu mereka. Nadia menjelaskan ibunya tidak mempunyai kekayaan seperti yang diperkatakan. "Kalau Kak Ton kaya raya, dia tidak akan sakit-sakit pun buat live di TikTok setiap hari menjual produk. "Kalau Kak Ton kaya sekali pun, takkan kami anak-anak yang muda nak perah duit emak? "Kami adik-beradik berusaha, kerja keras untuk hidup dan tidak mahu jadi biawak hidup," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!