suria

Sudah ‘move on‘ kes saman RM16 juta terhadap Iddin Syah, kehidupan Che Ta Pot Pet makin tenang

Che Ta Pot Pet enggan ulas lanjut selepas selesai secara damai kes saman RM16 juta.

KARIER dan perniagaan Rozita Baharom kembali pulih selepas kes saman fitnah terhadap rakan usahawan yang juga pempengaruh Iddin Syah selesai secara baik pada 19 Mac lalu.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta Pot Pet menjelaskan keberkatan bulan Ramadan, kehidupannya semakin tenang selepas kes tersebut berjaya diselesaikan.

"Sebenarnya saya tak boleh nak ulas lanjut tentang isu itu sebab saya menghormati keputusan mahkamah.

"Tapi Alhamdulillah saya bersyukur dan boleh meneruskan karier dan perniagaan saya seperti biasa dengan lebih tenang," katanya kepada mStar.

size NP 1 - 2024-04-02T152739.489

Rozita bersyukur kehidupannya semakin tenang selepas selesai secara damai di mahkamah.

Rozita berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika hadir ke Majlis Iftar Raya 2024 Rusa X MVM yang diadakan di Geno Hotel, Subang Jaya pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu ujian yang melanda membuatkan dia lebih matang dalam kehidupan.

"Saya fikir satu sahaja. Setiap ujian yang datang buatkan saya lebih matang dan tenang.

"Sumber kekuatan sejak awal adalah keluarga, pengikut di media sosial serta pasukan saya yang sentiasa menyokong.

"Walaupun tak ramai tapi insya-Allah akan berkembang lagi selepas ini," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Iddin Syah dakwa diperdaya rakan artis Che Ta Pot Pet

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi Iddin Syah terganggu, terkejut Cheta Potpet saman RM16 juta... “Biar mahkamah tentukan”

Sementara itu, Rozita tidak menafikan kejadian itu memberi kesan kurang baik selepas kes itu melibatkan mahkamah.

Bagaimanapun, ia semakin membaik walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini.

"Semestinya selepas kes itu agak memberi kesan negatif, tapi biasalah eokonomi sekarang pun teruk.

"Tapi lepas selesai semua berjalan lancar dan saya bersyukur tentang perubahan tu. Saya move on dan terus jalan ke depan," ujarnya.

saya menghormati keputusan mahkamah, saya tak boleh melebihi dari had untuk bercakap tentang perkara itu.

CHE TA POT PET

USAHAWAN

Pada 22 Ogos 2023, Rozita memfailkan saman fitnah sebanyak RM16 juta terhadap Iddin di Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang.

Namun, Iddin memohon maaf secara terbuka selain bersetuju jumlah wang RM150,000 yang menjadi pertikaian sebelum ini dianggap sudah selesai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Artikel Lain