suria

Dapat gift RM8,900 ketika live di TikTok, Azlee Senario bukan menggemis tapi hargai pemberian peminat

Azlee mengakui dia mampu menjelaskan komitmen bulanan kereta dan rumahnya.

PELAWAK Azlee Senario mendedahkan dia pernah memperoleh hadiah sebanyak RM8,900 walaupun baru lima minit bersiaran langsung di TikTok.

Azlee atau Azlee Jaafar, 57, berkata, dengan hadiah diterima itu dia mampu menjelaskan komitmen bulanan kereta dan rumahnya.

"Alhamdulillah duit kereta dan rumah saya semuanya rezeki daripada TikTok.

Untitled design - 2024-04-02T164415.651

Azlee memberitahu pernah menerima 'gift' mencecah RM8900.

"Pernah sekali saya buat live, tak sampai lima minit saya dapat RM8,900 melalui gift yang diberikan penonton," katanya kepada mStar.

Azlee berkongsi perkara itu ketika menghadiri sidang media kempen Raikan Yang Dirai oleh Suria FM pada petang Isnin.

Jelas anggota kumpulan Senario itu, dia menyasarkan mendapat RM500 setiap hari setiap kali membuat video siaran langsung bagi membolehkan dia mendapat pendapatan sebanyak RM6,000 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bagi ‘gift’ sampai RM3 juta? Azlee Senario terkejut baca berita, baru 2 minggu guna live di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Azlee Senario sambut baik kehadiran pelawak baharu, soal rezeki Tuhan tentukan

"Saya ada target iaitu setiap hari saya mahu dapat RM500 tetapi kalau dapat lebih dikira bonus.

"Saya ada buat kira-kira, kalau sehari dapat RM500 maka sebulan dah dapat RM6,000. Jadi saya anggap itu pendapatan bulanan saya," ujarnya.

Bagaimanapun Azlee menyelar komen mengatkan dia mengharapkan sumbangan orang ramai sebaliknya menyifatkan pemberian tersebut sebagai penghargaan peminat.

Saya bukan peminta sedekah.

AZLEE SENARIO

PELAWAK/PELAKON

Dia turut mencadangkan kepada golongan artis vateran lain untuk bergiat aktif di TikTok bagi menjana pendapatan.

"Saya bukan peminta sedekah tetapi saya anggap pemberian itu ialah hadiah dari peminat yang ingin berkongsi rezeki.

"Saya ada cadangkan kepada artis-artis vateran untuk jadi TikTok ini sebagai pendapatan sampingan kerana mereka masih ada peminat lagi," katanya.

Untitled design - 2024-04-02T164356.016

Azlee (kiri) bersama penyampai radio Suri FM.

Dalam perkembangan lain, Azlee terlibat dalam kempen Raikan Yang Dirai oleh Suria FM sepanjang Syawal 2024 ini.

Azlee membintangi Drama Raya Suria 2024 berjudul Suami Raya bersama penyampai Suria FM yang lain termasuk Cik Piah, Sharifah Shahirah dan DJ Lin.

Bukan itu sahaja, Azlee turut membuat penampilan khas dalam muzik video lagu tema raya Suria bertajuk Lebaran Menjelma.

Kesemua pengisian raya ini telah menemui peminat menerusi YouTube Suria TV bermula Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain