suria

Masih terkesan pemergian ibu mertua, Feeya Iskandar tetap komited demi drama Suami Raya 

Feeya tetap melakukan yang terbaik untuk drama Suami Raya.

WALAUPUN masih bersedih dengan pemergian ibu mertua pada Ahad lalu, penyampai radio Suria FM Feeya Iskandar tetap mengagahkan diri ke udara di konti pada keesokan harinya.

Feeya, 35, memberitahu suaminya juga memberi keizinan dia kembali bekerja malah memintanya tidak terbawa-bawa dengan perasaan sedih kerana semua urusan sudah selesai.

"Ibu mentua meninggal semalam, sepatutnya saya masih cuti tapi saya on air seperti biasa kerana semua urusan sudah selesai.

"Suami saya juga benarkan saya kembali bekerja. Jadi saya tak boleh pentingkan perasaan saya," katanya.

Untitled design - 2024-04-02T144156.988

Feeya mengakui sedih tetapi dia harus tetap berikan komitmen kepada Suria FM.

Feeya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran kempen Raikan Yang Dirai yang berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Feeya memberitahu dia diberikan peranan utama menerusi drama Raya Suria berjudul Suami Raya sempena kempen syawal stesen radio berkenaan tahun ini.

"Saya memegang watak utama dalam Drama Raya Suria tahun ini. Kalau saya tidak hadir ke majlis pelancaran ini nampak pula kekosongan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Suria FM berada di tangga ke-30 carta Penstriman Digital Triton Global

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Piah dijangkiti Influenza A, pilih masuk wad bimbang virus sebar pada suami

Mengulas lanjut mengenai penglibatan dalam drama tersebut, Feeya memberitahu ini kali pertama dia diberikan watak penting.

Kata Feeya, dia sudah cuba memberikan yang terbaik walaupun mengalami kesukaran mendalami karakter memandangkan dia bukan pelakon profesional.

"Sebelum ini kalau berlakon watak sampingan sahaja tetapi tahun ini rezeki saya dapat watak utama.

Suami saya juga benarkan saya kembali bekerja.

FEEYA ISKANDAR

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

"Bukan senang nak berlakon! Kita perlu penuhi karakter itu sebaik mungkin agar penonton dapat menghayatinya dengan baik," ujarnya.

Drama Suami Raya turut dibintangi oleh barisan penyampai Suria FM seperti Sharifah Shahirah, DJ Lin, Ajak, Kai Hassan dan Datuk Fizz Fairuz.

Projek itu juga turut menampilkan pelakon dan pelawak Azlee Senario dan bekas penyampai Suria FM iaitu Shuib yang membuat kemunculan istimewa.

Untitled design - 2024-04-02T114010.363

Feeya bersama Barisan penyampai radio yang membintangidrama Suami Raya.

Drama Suami Raya ini berkisarkan tentang Yasmin, seorang wanita bekerjaya yang tekad mencari jodoh sebelum tibanya Aidilfitri.

Drama yang berdurasi selama satu jam ini telah pun menemui peminat di YouTube Suria TV bermula 1 April 2024.

Selain dari Drama Raya Suria, seleksi program raya menarik lain turut disediakan khas buat pendengar sepanjang syawal ini.

Antaranya, lagu tema raya berjudul Lebaran Menjelma dan Original Soundtrack (OST), Nak Suami Raya, segmen Morning Morning Suria Raya dan Carta Suria Raya Top 40.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain