suria

Akhirnya bertentang mata, Zoey Rahman kagum usaha Mass Factor datang berjumpanya - “Dia baik dan lemah lembut orangnya”

Zoey sifatkan Mass seorang yang baik dan lemah lembut.

SELEPAS tiga bulan berkenalan di media sosial, pelakon dan usahawan Zoey Rahman akhirnya bertentang mata dengan wanita kurang upaya (OKU) iaitu Mass Factor pada 30 Mac lalu di Singapura.

Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 39, berkata, dia terharu melihat kesungguhan dan usaha Mass bertemu dengannya memandangkan dia tidak mampu berjalan seperti orang lain.

"Dia sangat teruja bertemu dengan saya, hari pertama dia datang sangat awal masa itu, acara pun belum bermula lagi.

2544386

Zoey dan Mass berkenalan di TikTok pada Januari lalu.

"Hari pertama dia datang dengan menyewa van bersama bapa saudaranya dan hari kedua bersama bapanya menaiki bas.

"Sempatlah dia beramah mesra dengan artis dan menonton konsert di situ," katanya kepada mStar.

Pada pertemuan tersebut, Mas turut menyerahkan beberapa hadiah termasuk lukisan yang dihasilkan sendiri.

Zoey turut menyifatkan Mass seorang wanita yang baik dan lemah lembut berbeza seperti dilihat di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Zoey Rahman dituduh perguna wanita OKU dalam live Tiktok, tak perlu ‘drama’ nak jual produk

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak sensitif dan suka cakap lepas, punca Zoey Rahman sudah jarang ‘live’ dengan Mass Factor

"Dia datang dan serahkan hadiah yang dijanjikan macam gambar yang dia lukis sendiri.

"Saya pun ada beri dia duit raya, produk dan baju raya untuk dia dan bapanya," jelasnya.

Dalam pada itu, Zoey menyedari ramai yang tidak senang melihat keakraban dia bersama Mass sehingga menerima pelbagai komen negatif daripada netizen.

Malah dia juga menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia takut untuk mendekati wanita berkenaan semasa pertemuan tersebut.

2544387

Zoey harap netizen berhenti tinggalkan komen negatif.

"Saya dengan dia okay saja, tapi mungkin ada orang tidak senang melihat kami berkawan mungkin sebab sejarah-sejarah yang lepas jadi mereka ungkit semula.

"Saya tak boleh nak salahkan netizen juga dengan komen-komen itu... mungkin ada juga sikap kami yang berlebihan tidak disenangi mereka.

"Takkan dengan Mass pun nak dengki... saya tahu dia ada salah dan silapnya. Saya juga nak minta maaf kepada netizen yang tidak berpuas hati dengan kami," kongsinya.

Sementara itu, Zoey juga memaklumkan dia menerima khabar Mass ditahan di sebuah hospital di Singapura pada Selasa disebabkan masalah tulang belakangnya.

Sebelum ini, Zoey memaklumkan hubunganya bersama Mass sedikit renggang disebabkan sikap kurang sensitif wanita itu.

Bagaimanapun perkara itu telah diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain