suria

Jaafar Onn buang air besar berdarah, kini di zon kritikal Hospital Serdang

Kesihatan Jaafar tidak berapa baik sehingga perlu dimasukkan ke hospital.

PELAKON veteran Jaafar Onn kini berada di zon kritikal wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) selepas mengesan darah ketika membuang air besar pada malam Isnin.

Anak angkat Jaafar, 72, iaitu Hanif memberitahu tekanan darah dan bacaan haemoglobin aktor itu juga berada pada paras rendah ketika membuat pemeriksaan di klinik sebelum dibawa ke hospital.

"Dia (Jaafar) semalam buang air besar berdarah selain tekanan darah serta bacaan haemoglobinnya rendah.

size NP 1 - 2024-04-02T105311.117

Jaafar alami buang air besar berdarah pada malam Isnin.

"Malah doktor di klinik yang kami pergi pun kata tak boleh buat apa-apa dan kena bawanya ke hospital.

"Jadi saya terus bawa ke Hospital Serdang sekitar pukul 12 pagi," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Hanif memberitahu Jaafar tidak menunjukkan sebarang simptom sebelum mengalami buang air besar berdarah.

"Sekarang sedar tapi dalam wad kecemasan di zon kritikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna kerusi roda, Jaafar Onn takut susahkan orang... Hilang malu terima sumbangan

ARTIKEL BERKAITAN: Guna katil hospital sebab selesa dan bukannya terlantar sakit, Jaafar Onn semakin pulih selepas jalani pembedahan lutut

"Tiada simptom cuma dia sakit perut sebelum tiba-tiba ada darah ketika buang air besar," ujarnya.

Susulan itu, Hanif memberitahu aktor itu perlu menjalani pemeriksaan lebih lanjut termasuk prosedur endoskopi bahagian mengesan sebarang kelainan pada bahagian usus dan perut.

Kata Hanif, ini merupakan kali ketiga Jaafar mengalami buang air besar berdarah sejak Julai tahun lalu.

"Disebabkan masalah itu berulang jadi doktor mahu lakukan prosedur endoskopi dan pemeriksaan lain bagi mengesan punca sebenar dia buang air besar berdarah.

size NP 1 - 2024-04-02T104707.991

Jaafar kini berkerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

"Sudah tiga kali jadi, bulan Julai tahun lepas, kemudian November dan semalam (Isnin).

"Dia ingat dia sihat sebab sebelum ini punya doktor beritahu puncanya sebab ada ulser dalam usus," jelasnya.

Sebelum ini, melalui segmen mStar Baek, kesihatan Jaafar dilihat semakin merosot sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain