MULA berkenalan menerusi sosial media sekitar November tahun lalu, pelawak Along Cham bersyukur hubungannya dengan Afreena Suhaimi, 32, dipermudahkan sehingga mereka sah bergelar suami isteri pada Khamis. Sebagai seorang yang menjadi tumpuan ramai, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, berkata dia mahu segera menghalalkan perhubungan itu kerana enggan menjadi bualan ramai. "Sebagai seorang public figure saya rasa ketika golongan artis ini 'diludah' dengan pelbagai cerita tidak elok, lebih baik saya mudahkan hubungan kami. Kita ikut ajaran Islam. Along sah bergelar suami kepada Afreena dengan sekali lafaz. "Memang semuanya berlaku secara tiba-tiba. Kami kenal di sosial media dan dalam proses perkenalan itu terus ajak berkahwin. Syukur urusan dipermudahkan. "Saya pernah berdoa kalau ini adalah jodoh yang terbaik, paling penting sekali dia boleh terima anak saya. Sebagai bapa saya kena gantikan kebahagian anak saya yang hilang," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Terdahulu, Along sah bergelar suami kepada Afreena dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abiddin, Putrajaya pada pukul 11.30 pagi, Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 tahun menduda, Along Cham kembali bergelar suami ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab rahsiakan perkahwinan, isteri kongsi keistimewaan Afdlin Shauki Pada majlis berkenaan Along menyerahkan mas kahwin sebanyak RM350 dan sebentuk cincin. Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Along dan Afreena selepas melalui fasa gagal dalam rumah tangga sebelum ini. Tambah Along keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga juga dibuat selepas mengambil kira pendapat anaknya iaitu Ahmad Daniel yang kini berusia 13 tahun. Sebagai bapa saya kena gantikan kebahagian anak saya yang hilang ALONG CHAM PELAKON "Saya tidak pernah menutup hati untuk kembali berkahwin, cuma mungkin dalam tempoh lapan tahun sebelum ini belum jumpa yang sesuai. "Saya tanya sendiri kepada anak, wanita bagaimana yang boleh dijadikan isteri. Katanya dia mahu yang sudah anak supaya mereka boleh jadi kawan. Isteri saya juga anak tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu. "Saya juga percaya dalam setiap langkah baik yang dilakukan Allah sudah sediakan rezeki buat kita," ujarnya. Along utamakan pendapat anak sebelum buat keputusan berkahwin. Pasangan ini juga merancang untuk mengadakan majlis resepsi meraikan hari bahagia mereka namun bukan dalam masa terdekat. Untuk rekod, Along pernah berkahwin dengan penyanyi Zila Seeron pada 23 Januari 2010 namun mereka bercerai talak satu pada Ogos 2016. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!