suria

Menangis dengar ceramah tentang aurat pada malam pertama tarawih, Iera Milpan terbuka hati berhijab sejak 1 Ramadan

Iera harap dirinya tabah untuk kekal istiqamah selepas memakai hijab.

TAMPIL dengan imej berhijab, penyanyi Iera Milpan memberitahu hatinya terbuka untuk memakai tudung selepas mendengar ceramah seorang ustazah mengenai aurat.

Mengakui terkesan sehingga menitiskan air mata, Iera atau Syahirah Milpan, 22, berkata dia terjentik hati untuk berhijrah pada hari pertama Ramadan.

"Saya dengar ceramah ustazah pada malam tarawih pertama sampai menitis air mata, esoknya (1 Ramadan) saya terus berhijab.

size NP 1 - 2024-04-05T120736.878

Iera mula bertudung keesokkan selepas mendengar ceramah daripada seorang ustazah.

"Ceramah itu berkaitan aurat tapi saya tak kenal sangat ustazah tu," katanya kepada mStar.

Terasa seakan-akan ceramah itu ditujukan kepadanya, Iera Milpan berharap dia mampu kekal istiqamah dengan penampilan berkenaan.

"Paling terkesan waktu ustazah tu pandang saya masa beri ceramah fasal aurat. Ia macam tuju pada saya sebab saya tak bertudung lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Iera Milpan kena sembur nyanyi live ke ‘laut’, persembahan terganggu sebab menangis

ARTIKEL BERKAITAN: Iera Milpan terharu lagu ‘Retak Hatiku’ trending, tenang kena body shaming... “Minta maaf kalau ada kurang”

"Ayat dia macam menusuk dan sakit, tapi sakit tu buat saya tercabar. Esok saya cuba bertudung sebab nak pergi bazar kemudian Alhamdulillah sehingga sekarang.

"Saya rasa tenang selepas berhijab. Kalau boleh saya nak teruskan sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Iera berkata dia tidak selesa dengan pandangan masyarakat terhadap penampilannya dahulu.

size NP 1 - 2024-04-05T120708.303

Ibu Iera sentiasa beri galakkan anaknya itu bertudung.

"Sebelum ini saya rasa orang asyik pandang saya atas bawah, mungkin itu firasat saya tapi saya tak selesa.

"Mungkin sebab saya tidak bertudung tapi tidaklah sampai keluar rumah pakai singlet atau kain singkat.

"Tapi apa pun kalau ada apa-apa teguran yang buruk, saya akan ubah ke arah lebih baik.

"Risau sebenarnya tapi mak selalu beri semangat suruh pakai tudung... mak selalu pesan pakai tudung sebelum buat persembahan tapi saya yang degil," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain