GURAUAN pelakon Bella Astillah ketika membuat persembahan di Borneo Mega Raya Fest 2024 pada Jumaat lalu mencuri perhatian ramai. Mana tidaknya, Bella atau Dayang Ara Nabella Astillah, 30, memberitahu sekiranya suami menghilangkan diri, para isteri perlu mencari di rumah kawan terlebih dahulu. Respon spontan itu selepas seorang pengunjung menasihati Bella agar tidak bersedih berdepan kemelut rumah tangga. Menerusi video yang tular, Bella dilihat turut ketawa melihat sorakan pengunjung. "Apa abang cakap, jangan risau kalau suami hilang? "Mestilah saya risau kalau suami hilang, tapi saya ada tip kalau suami hilang kita cari di rumah kawan," katanya. Kata-kata Bella itu dipercayai sindiran yang ditujukan kepada suaminya, Aliff Aziz yang didakwa pernah ke rumah aktres Ruhainies lebih daripada lapan kali. Netizen turut menganggap gurauan Bella itu menunjukkan dia sudah 'move on' dan semakin kental selepas sering dikhianati Aliff. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu kecoh-kecoh, Ibu pilih selesai isu adik Bella Astillah antara keluarga ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tak mampu pandang wajah Aliff Aziz, enggan pertahan rumah tangga "Ini tanda apa? Tanda-tanda wanita itu sudah meneruskan kehidupannya. "Orang jenis pendiam ini jangan buat main sebab sekali dia buku mulut, ayat yang keluar pedas betul! "Dikhianati suami dan kawan sendiri membuatkan dia lebih kuat," komen netizen. Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Netizen percaya sindiran itu bukti Bella sudah move on dan semakin kental. Bella pada 13 Mac lalu memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres namun pada sebutan kedua permohonan itu pada 4 April lalu, pelakon kelahiran Singapura itu enggan menceraikannya. Aliff memberi alasan dia masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangganya. Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka pernah bercerai talak satu pada 2019 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masingmasing berusia tujuh dan empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!