suria

Malang betul nasib Aiman Tino, dah nak raya tapi penganjur belum selesai hutang

Aiman menuntut bayaran persembahan yang masih belum diterima.

MENJELANG kedatangan Syawal beberapa hari lagi, penyanyi Aiman Tino memberi peringatan kepada pihak penganjur agar melunaskan bayaran persembahan tertunggak kepadanya.

Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, berkata, sehingga saat ini dia masih belum menerima apa-apa bayaran daripada persembahan nyanyian yang telah disempurnakan.

Perkongsian Aiman yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Aiman yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Salam nak raya dah ni, mana bayaran saya? Persembahan sudah selesai tapi bayaran tak masuk-masuk! Sila hubungi saya," katanya.

Aiman berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bincang cara baik tapi tak jalan, Aiman Tino nekad saman 'hacker' dan keluarga... Bukan senang kumpul follower

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut hutang RM8,000 dari penganjur tak berhasil, Aiman Tino kena perli pula di status WhatsApp... Beri tempoh 7 hari atau berdepan tindakan

Dalam pada itu, Aiman juga memohon agar individu yang dimaksudkan itu menyedari perkara ini tanpa perlu disebutkan namanya.

Tambah penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu juga, selain mencari keberkatan di malam 10 terakhir Ramadan ini dia meminta agar segala hutangnya turut dilangsaikan dengan kadar segera.

"Takkan saya nak mesej sebut nama setiap orang. Faham-fahamlah ya.

"Kejar malam lailatul qadar sambil bayarlah mana yang patut juga," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain