suria

Pertama kali balik Palembang sambut raya, Tya Arifin buat kejutan kepada ibu bapa ketika berbuka puasa

Tya membuat kejutan pulang beraya lebih awal.

PELAKON Tya Arifin membuat kejutan kepada ibu bapanya apabila pulang empat hari lebih awal untuk menyambut hari raya bersama mereka di kampung halamannya di Indonesia.

Tya atau Nurtria Wulandari Arifin, 30, dia dan suami iaitu Asyraf Khalid pulang lebih awal ke Palembang tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapanya.

Menurut Tya, dia hanya memaklumkan kepulangannya selepas berpakat dengan adik perempuannya dengan membuat perancangan mengajak ibu bapa mereka berbuka puasa bersama sebelum dia dan keluarga muncul di hadapan mereka.

Tya membuat perkongsian itu menerusi hantaran video di Instagram

"Sebenarnya ibu dan ayah tahu kita akan berjumpa di Jakarta 8 April nanti tetapi tidak tahu kalau saya akan ke Palembang dulu.

"Tapi saya mengambil keputusan bertolak ke Palembang pada Khamis. Jadi nak bagi kejutan kepada ibu dan ayah.

"Saya minta adik telefon ibu mengajak berbuka bersama-sama sebab dapat baucar berbuka puasa,” katanya.

Tya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tya Ariffin ajar anak berniaga, netizen puji Arif Jiwa ramah tak segan tegur pengunjung ‘promote’ jualan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Respek! Dalam sibuk urus keluarga dan bisnes Tya Ariffin berjaya tamat pengajian universiti

Menerusi perkongsian video berkenaan, ibu Tya iaitu Komariah Mahmud dilihat terkejut dengan kedatangan Tya dan anak-anak di restoran tersebut.

Sebelum ketibaan ibu dan bapa Tya, anak-anak pelakon itu iaitu Arif dan Azzahra bersembunyi dibawah meja untuk mengelakkan daripada dilihat.

Dalam pada itu, Tya mendedahkan ini merupakan pertama kali dia dan suami menyambut Aidilfitri di Indonesia selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Kata Tya, mereka pulang ke kampung di Palembang terlebih dahulu sebelum menyambut lebaran di Jakarta.

Untitled design (43)

Tya memberitahu ini kali pertama dia pulang beraya ke Indonesia selepas 9 tahun.

"Kami pulang ke Indonesia dan ini sebenarnya Tya pulang ke kampung raya pertama di Palembang selepas 9 tahun berkahwin.

"Saya akan menyambut Aidilfitri di Jakarta tetapi akan pulang ke Palembang selama tiga hari dulu sebelum beraya di Jakarta," ujarnya.

Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain