suria

Kontroversi ada pengajaran buat DJ Lin, terkilan silaturahim terjalin rosak begitu sahaja

DjJ Lin anggap apa yang berlaku sedarkannya tentang sikap manusia.

SUSULAN konflik melibatkan bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo, DJ Lin melihat ia sebagai ujian dan iktibar yang menyedarkannya tentang sikap manusia.

DJ Lin yang juga pengurus besar stesen berkenaan memberitahu dia tidak meminta jasanya dihargai tetapi cuma kecewa isu yang berlaku merosakkan hubungan baik yang sudah terjalin sejak sekian lama.

"Saya terima ia sebagai ujian Allah untuk memperlihatkan kepada saya sikap sebenar manusia.

Untitled design (28)

DJ Lin mengambil iktibar apa yang berlaku.

"Allah menyedarkan saya tentang kebaikan kita tidak semestinya dihargai malah saya pun tak harapkan apa-apa.

"Jauh disudut hati saya ada rasa terkilan sebab silaturahim yang terbina selama ini terjejas begitu sahaja," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 49, menerima kecaman hebat apabila dia dipersalahkan kontrak Tyzo bersama Suria FM ditamatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin terasa hati baca komen netizen, minta jangan kaitkan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin tak iri hati kemenangan Tyzo di ABP, bangga siap buat makan-makan ‘post’ di media sosial

Dalam pada itu, DJ Lin berkata, sekarang dia mahu fokus terhadap tugas selain enggan lagi berfikir mengenai kejadian lalu.

Katanya, dia tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir perkara remeh dan menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya tiada masa nak serabutkan kepala fikir tentang perkara ini sebaliknya hanya ingin teruskan hidup dan memberi fokus kepada perkara lebih penting," ujarnya.

Untitled design (29)

DJ Lin (dua dari kiri) bersyukur anank-anak buah tidak terkesan.

Berkongsi mengenai keadaan di Suria FM selepas kontroversi itu, DJ Lin bersyukur kerana semua pekerja fokus menjalankan tanggungjawab mereka.

Menurut DJ Lin, semua aktiviti yang dirancang juga berjalan dengan lancar selain tidak terkesan dengan isu terbabit.

"Alhamdulillah kami di Suria sama seperti biasa. Kami tetap meneruskan tanggungjawab masing-masing dan tiada yang terganggu.

"Setiap seorang daripada mereka ada peranan masing-masing dan kita fokus terhadap aktiviti yang telah diatur sebelum ini," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain