suria

Tak cemburu Datuk Red dan Adira pamer kemesraan, isteri pertama doa suami dan madu tak jadi cerai

Datin Red sentiasa mendoakan Adira dan Datuk Red.

MADU kepada Adira iaitu Datin Seri Syarifah Norshafila Hassim sentiasa mendoakan kebahagian suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu bersama penyanyi berkenaan.

Syarifah atau lebih mesra disapa Datin Red, 38, berkata Adnan mula kelihatan tidak ceria apabila Adira memfailkan penceraian terhadapnya pada Oktober tahun lalu.

"Tak saya doakan mereka (Adira dan Datuk Red) semoga jodoh berkekalan berbahagia hingga ke jannah.

red 11

Antara pertanyaan yang diterima Datin Red dari pengikut Instagram miliknya.

"Dia sangat tak gembira pihak sana fail cerai," katanya.

Syarifah berkongsi mengenai perkara itu menerusi ruang soalan yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Kata Syarifah, dia juga tumpang gembira sekiranya suaminya dan Adira tidak berpisah memandangkan tak mampu melihat Datuk Red terus bersedih.

"Mungkin saya menangis gembira... saya tak boleh tengok Abang Red tak gembira," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fail cerai bukan sebab Datuk Red jatuh muflis, 18 tahun Datin Red kongsi kepayahan bersama suami

ARTIKEL BERKAITAN: Datin Red tak buli Adira, hantaran di IG tuju pada suami... “Kenapa dia nak terasa?”

Ditanya mengenai kemesaraan Adira dan Datuk Red, Syarifah memberitahu dia tidak cemburu dengan kemesraan yang ditunjukkan pasangan itu di media sosial.

Katanya dia pasti sudah lama bersuara sekiranya tidak senang dengan tindakan suami dan madunya itu.

"Tentulah tidak, kalau saya cemburu tentu video mereka saya tak benarkan masuk dalam media sosial.

"Tentu saya sudah meroyan atau suruh padam," ujarnya.

red 12

Nama Adira dan Datuk Red kerap menjadi sebutan sejak akhir-akhir ini.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Manakala Syarifah memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Adnan dan Syarifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan