SEJAK bergelar ibu, fokus penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut Aidilfitri adalah persiapan dua orang anaknya berbanding diri sendiri. Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, dia hanya menyediakan sehelai baju raya buat diri sendiri untuk dipakai pada satu Syawal dan selebihnya mengenakan pakaian lama yang masih elok. Kata Siti, seperti kebiasaan suami tersayang iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan memilih tema mereka sekeluarga. Anak-anak menjadi keutamaan Siti untuk raya tahun ini. "Apabila sudah ada dua anak fokus saya memang kepada mereka. Saya pula sebagai ibu, okay sahaja ada satu dua helai baju jadilah. "Mana baju lama boleh pakai, saya pakai tapi raya pertama kenalah baju baru. "Insya-Allah pagi raya warna kelabu dengan biru nila yang dipilih suami. Saya memang tak ikut trend warna tapi ikut apa suami saya tentukan," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Tetap jadi pilihan pendengar, sentuhan Pak Ngah jadikan lagu raya Siti Nurhaliza malar segar ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza ajak teman ‘shopping’, pemuda tak fikir panjang terus setuju! - “Dia bagi RM100, belanja makan di Lotteria” Siti berkongsi perkara itu ketika ditemui di Cuckoo X Riuh Sama-Sama Raya di Sentul Depot, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu, Siti berkongsi juadah wajib untuk raya tahun ini adalah ketupat daun palas yang dipesan khas oleh ibu mentuanya Siti Zainab Hanafi khas dari Kedah. "Orang Kedah memang kena ada ketupat daun palas. Jadi iub mentua dah buat pesanan awal-awal. Mana baju lama boleh pakai, saya pakai tapi raya pertama kenalah pakaian baru. DATUK SERI SITI NURHALIZA PENYANYI "Semenjak tiga tahun kebelakangan ini pula saya rajin buat rendang ayam selain serunding dan nasi impit bersama kuah kacang yang menjadi kegemaran saya," jelasnya. Sementara itu, Siti berkata, walaupun juahah hari raya pelbagai jenis namun dia tetap menjaga pemakanan untuk mgekalkan berat badan ideal. Apatah lagi apabila berat badannya sudah turut sebanyak lapan kilogram kerana aktif bersukan. Siti berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram. "Kita kalau dah sebulan puasa tak boleh terus makan banyak. Saya pun mula jaga pemakanan semenjak konsert tempoh hari. "Alhamdulillah turun lapan kilogram dengan cara bersenam dan sukan Muay Thai," dedahnya. Untuk rekod, Siti dan Khalid mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!